Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Seorang cedera, tujuh terselamat dalam kemalangan di Pan Borneo Sri Aman-Serian
  • KEMALANGAN

Seorang cedera, tujuh terselamat dalam kemalangan di Pan Borneo Sri Aman-Serian

Utusan Sarawak 10 hours ago
KEMALANGAN membabitkan tiga kenderaan di Lebuh Raya Pan Borneo Sri Aman-Serian dekat Simpang Punda, dekat sini, petang tadi. Foto: PGO Bomba Sarawak
 

SERIAN: Seorang cedera manakala tujuh lagi terselamat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Lebuh Raya Pan Borneo Sri Aman-Serian di Simpang Punda, di sini, petang tadi.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, kejadian dilaporkan pada 5.21 petang dan melibatkan sebuah Toyota Estima dengan lima penumpang, sebuah Toyota Hilux dengan seorang penumpang, serta sebuah Proton Wira yang membawa dua orang.

Pemandu Proton Wira dilaporkan mengalami kecederaan di tangan, manakala tujuh penumpang lain daripada ketiga-tiga kenderaan berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

PGO berkata, mangsa yang cedera telah diberikan rawatan awal oleh anggota bomba sebelum diserahkan kepada pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk tindakan lanjut.

KEMALANGAN membabitkan tiga kenderaan di Lebuh Raya Pan Borneo Sri Aman-Serian dekat Simpang Punda, dekat sini, petang tadi. Foto: PGO Bomba Sarawak

“Tiada operasi penyelamatan dijalankan kerana mangsa tidak tersepit dan berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan bomba,” katanya.

Operasi yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan ll Dobbin Dindot dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian itu melibatkan enam anggota dengan sebuah jentera FRT.

Turut berada di lokasi ialah empat anggota polis dan empat anggota APM bagi membantu mengawal keadaan dan menguruskan mangsa.

Oleh Adi Safarman

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Juruterbang maut dalam nahas helikopter di utara Australia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.