Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Kempen Derma Darah di LHDN Bintulu, 15 Oktober ini
  • KESIHATAN

Kempen Derma Darah di LHDN Bintulu, 15 Oktober ini

Utusan Sarawak 16 hours ago
KEMPEN Derma Darah anjuran Tabung Darah Hospital Bintulu dengan kerjasama LHDN Cawangan Bintulu di LHDN Bintulu pada 15 Oktober ini.

BINTULU: Tabung Darah Hospital Bintulu dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Bintulu akan menganjurkan Kempen Derma Darah pada 15 Oktober ini bertempat di LHDN Cawangan Bintulu.

Menurut satu kenyataan, kempen tersebut akan berlangsung dari 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan terbuka kepada orang awam.

Program itu bertujuan menambah bekalan darah di hospital selain meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menderma darah secara berterusan.

Orang ramai digalakkan hadir bagi menjayakan program berkenaan yang bukan sahaja mudah dan selamat, malah memberi manfaat besar kepada penerima darah.

“Setiap titisan darah amat berharga dan mampu menyelamatkan nyawa,” ujar kenyataan itu.

Mereka yang mempunyai urusan di LHDN Bintulu amat digalakkan untuk singgah dan menyertai kempen itu sebagai tanda keprihatinan terhadap masyarakat.

Oleh Carolyne Utih

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: 97 kluster influenza dalam seminggu, majoriti di sekolah – KKM
Next: Influenza A: Pusat penjagaan kanak-kanak, tadika di Sarawak digesa berwaspada

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.