Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kem SMART platform perkasa belia bebas dadah
  • WILAYAH

Kem SMART platform perkasa belia bebas dadah

Utusan Sarawak 10 hours ago
ALBUM…Abdul Hamediee Ibrahim dan Rosmah Nasir merakamkan kenangan bersama para peserta Program Kem SMART Siri 3/2025.

MIRI: Suasana penuh semangat dan ceria mewarnai pelaksanaan Program Kem SMART Siri 3/2025 yang berlangsung selama dua hari, bermula 4 hingga 5 Oktober lalu.

Seramai 37 peserta terdiri daripada pelajar Kolej Komuniti Daerah Miri dan ahli Skuad Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Miri telah menyertai program tersebut yang bertujuan membina jati diri serta memupuk semangat kerjasama dan disiplin dalam kalangan belia.

Program anjuran AADK Sarawak dengan kerjasama Kolej Komuniti Daerah Miri itu menjadi platform penting untuk memupuk nilai kepimpinan, meningkatkan kemahiran insaniah dan membentuk sikap positif dalam kalangan belia.

Menurut kenyataan AADK Miri, inisiatif tersebut turut menyokong usaha berterusan agensi itu dalam membimbing golongan berisiko melalui pendekatan pendidikan, motivasi dan pemulihan sosial.

“Program seperti ini diharap dapat melahirkan generasi muda yang berdaya tahan, berdisiplin dan bebas daripada pengaruh negatif, sekali gus menyokong matlamat AADK ke arah masyarakat Malaysia yang sejahtera dan bebas dadah,” jelas kenyataan itu semalam.

Majlis penutupan disempurnakan oleh Pengarah AADK Negeri Sarawak, Abdul Hamediee Ibrahim dengan kehadiran Ketua AADK Daerah Miri, Rosmah Nasir, Timbalan Pengarah Pengurusan Kolej Komuniti Daerah Miri, Nooraini Bojeng serta Timbalan Pengerusi Skuad AADK Daerah Miri, Ketua Kaum Zehan Yaman.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek Jalan MMMLL perkukuh rangkaian jalan di utara Sarawak
Next: Padawan Municipal Council launches ‘OKU Prihatin: Sustainable Environment’ Program

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.