Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Juruterbang maut dalam nahas helikopter di utara Australia
  • KEMALANGAN

Juruterbang maut dalam nahas helikopter di utara Australia

Utusan Sarawak 13 hours ago
GAMBAR hiasan.

SYDNEY: Lelaki maut selepas helikopter yang dipandunya terhempas di kawasan utara Australia semalam, menurut Polis Queensland (QPS), lapor Xinhua.

Perkhidmatan kecemasan di negeri Queensland melancarkan operasi mencari dan menyelamat sekitar 7.30 malam selepas helikopter jenis Robinson R22 gagal kembali ke sebuah kawasan ternakan di Yagoona, sebuah kawasan terpencil lebih 1,700 kilometer (kmk) barat laut Brisbane di wilayah utara negeri itu.

Bangkai helikopter berkenaan ditemui pihak berkuasa sekitar 8.30 pagi tadi, menurut kenyataan QPS.

Juruterbang yang merupakan satu-satunya penumpang, seorang lelaki berusia 27 tahun, ditemukan maut di lokasi kejadian.

Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca nahas itu, menurut QPS.

-Bernama

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Lelaki maut kemalangan di Jalan Sibu–Tanjung Manis
Next: Seorang cedera, tujuh terselamat dalam kemalangan di Pan Borneo Sri Aman-Serian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.