Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BBP Lutong bergegas ke Kolej Komuniti Permyjaya atasi tumpahan merkuri
  • Tengah
  • WILAYAH

BBP Lutong bergegas ke Kolej Komuniti Permyjaya atasi tumpahan merkuri

Utusan Sarawak 14 hours ago

TUMPAH… Anggota bomba berusaha membersihkan tumpahan bahan berbahaya mercury daripada sebuah termometer di Kolej Komuniti Permyjaya di Miri hari ini.

MIRI: Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong hari ini bergegas ke Kolej Komuniti Permyjaya selepas menerima laporan berlaku tumpahan bahan berbahaya mercury daripada sebuah termometer.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lutong, Henry Jugah, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.56 pagi, sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi sejauh 15 kilometer.

“Setibanya di lokasi pada 10.12 pagi, pasukan kami mendapati berlaku tumpahan mercury daripada termometer.

“Anggota bertugas segera melakukan kerja-kerja pembersihan serta mengesan manik-manik mercury yang tertumpah bagi memastikan tiada sisa berbahaya tertinggal,” katanya.

Menurut Henry, operasi pembersihan dan pemantauan dijalankan secara berhati-hati bagi mengelak pendedahan kepada bahan toksik tersebut.

Tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu.

Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pengarah APM Sarawak tinjau kesiapsiagaan operasi di Dalat
Next: Pasukan Bomba Sukarela Lanang dan PDP Sibu Jaya agih bekalan air di Eco Garden

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.