Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gempa bumi magnitud 7.4 landa selatan Filipina – USGS
  • GLOBAL

Gempa bumi magnitud 7.4 landa selatan Filipina – USGS

Utusan Sarawak 19 hours ago
GAMBAR edaran daripada Golden Cornucopia – Kolej Negeri Davao de Oro yang diambil dan diterima pada 10 Oktober 2025 menunjukkan para pelajar berkumpul di luar bangunan sekolah selepas berlaku gempa bumi di Davao de Oro, Mindanao. Foto AFP

MANILA, Filipina: Satu gempa bumi kuat bermagnitud 7.4 menggegarkan perairan selatan Filipina pada Jumaat, mencetuskan amaran kemungkinan berlaku tsunami merosakkan di pesisir pantai Pasifik negara itu dalam tempoh beberapa jam.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa tersebut berlaku pada 9.43 pagi (0143 GMT), kira-kira 20 kilometer dari Manay di wilayah Mindanao.

Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina pula memaklumkan bahawa tsunami dengan ketinggian ombak yang mengancam nyawa dijangka melanda pesisir timur negara kepulauan berkenaan.

PARA pekerja di sebuah pusat beli-belah berkumpul di luar bangunan di Bandar Davao, di selatan pulau Mindanao pada 10 Oktober 2025, selepas gempa bumi bermagnitud 7.4 melanda perairan selatan Filipina. Foto AFP

Penduduk di kawasan pesisir dinasihatkan supaya segera berpindah ke kawasan lebih tinggi atau bergerak ke kawasan pedalaman, menurut kenyataan institut itu.

Setakat ini, tiada laporan segera mengenai kerosakan atau kehilangan nyawa.

Kejadian ini berlaku hanya 11 hari selepas satu lagi gempa bumi bermagnitud 6.9 mengorbankan 74 orang serta memusnahkan atau merosakkan lebih 72,000 rumah di pulau tengah Cebu. – AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Hampir 84,000 rumah masih dilanda banjir di utara Vietnam
Next: Taufan Matmo ragut 15 nyawa, Vietnam rayu bantuan antarabangsa untuk pemulihan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.