Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sambutan Hari Kelahiran TYT Sarawak ke-79: Persiapan rapi, raptai berjalan lancar
  • TEMPATAN

Sambutan Hari Kelahiran TYT Sarawak ke-79: Persiapan rapi, raptai berjalan lancar

Utusan Sarawak 2 days ago
MERIAH… Sekitar sesi raptai Perbarisan dan Rapat Raksasa sempena sambutan Hari Kelahiran ke-79 Yang di-Pertua Negeri Sarawak di Padang Merdeka, hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Persiapan menjelang Perbarisan dan Rapat Raksasa sempena sambutan Hari Kelahiran ke-79 Yang di-Pertua Negeri Sarawak di Padang Merdeka pada Sabtu ini berada pada tahap terbaik dengan semua kontinjen kini siap sedia untuk hari pelaksanaan.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata segala aspek latihan dan raptai berjalan lancar hasil kerjasama erat semua agensi terlibat.

ARAHAN… Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika memberi maklum balas kepada persiapan Perbarisan dan Rapat Raksasa sempena sambutan Hari Kelahiran ke-79 Yang di-Pertua Negeri Sarawak di Padang Merdeka, hari ini. Foto UKAS

“Setakat ini semuanya berjalan dengan baik. Hari ini merupakan raptai ketiga atau terakhir sebelum sambutan rasmi pada 11 Oktober nanti.

“Semua kontinjen menunjukkan komitmen tinggi dan kini kita hanya menunggu hari pelaksanaan,” katanya selepas meninjau sesi raptai di Padang Merdeka, hari ini.

MERIAH… Sekitar sesi raptai Perbarisan dan Rapat Raksasa sempena sambutan Hari Kelahiran ke-79 Yang di-Pertua Negeri Sarawak di Padang Merdeka, hari ini. Foto UKAS

Abdul Karim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak termasuk bahagian protokol dan jawatankuasa kecil yang memastikan kelancaran setiap peringkat persiapan.

Beliau pada masa sama berharap cuaca baik pada hari sambutan agar majlis dapat berlangsung dengan meriah dan penuh istiadat.

Sambutan Hari Kelahiran Yang di-Pertua Negeri merupakan acara tahunan bertaraf negeri yang melambangkan perpaduan serta penghargaan rakyat terhadap kepimpinan tertinggi Sarawak.

MERIAH… Sekitar sesi raptai Perbarisan dan Rapat Raksasa sempena sambutan Hari Kelahiran ke-79 Yang di-Pertua Negeri Sarawak di Padang Merdeka, hari ini. Foto UKAS

Seperti tahun-tahun sebelumnya, sambutan kali ini turut diserikan dengan pelbagai acara rasmi dan tradisi istiadat negeri.

Antara pengisian utama ialah Majlis Kesyukuran di Masjid Jamek Negeri Sarawak malam ini, diikuti Majlis Kesyukuran Pelbagai Agama anjuran Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) di Hotel Imperial, esok.

Majlis Santapan Negeri pula dijadualkan pada 11 Oktober di Dewan Santapan Negeri, manakala Majlis Makan Malam dan Minum Teh bersama Yang di-Pertua Negeri akan berlangsung pada 12 Oktober.

Sebagai kemuncak sambutan, Konsert Rakyat bakal menampilkan barisan penyanyi dan penghibur popular tanah air bagi menyerikan lagi acara tahun ini.

Sambutan Hari Kelahiran Ke-79 Yang di-Pertua Negeri bukan sekadar meraikan ulang tahun kelahiran ketua negeri, tetapi turut menjadi manifestasi semangat perpaduan dan kekitaan rakyat Sarawak.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Michael Kong: Extended petrol subsidy to support licensed e-hailing drivers
Next: Semangat perpaduan Sarawak terserlah dalam sambutan Deepavali

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.