Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak di landasan kukuh jadi peneraju inovasi ASEAN – Dr Sim
  • TEMPATAN

Sarawak di landasan kukuh jadi peneraju inovasi ASEAN – Dr Sim

Utusan Sarawak 2 days ago
DATUK Amar Dr Sim Kui Hian semasa majlis Persidangan Rantaian Blok Borneo di Muzium Budaya Borneo hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Sarawak kini berada di landasan kukuh untuk muncul sebagai antara peneraju inovasi di rantau ASEAN, hasil kekuatan bakat tempatan, tenaga bersih serta asas kukuh dalam transformasi digital.

Menurut Timbalan Premier, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, transformasi negeri ini sedang giat dilaksanakan di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030), dengan teknologi rantaian blok dan pelbagai teknologi baharu berperanan penting dalam mempercepatkan pertumbuhan ekonomi.

“Fokus Sarawak terhadap inovasi, pendidikan dan penerimaan teknologi baharu mencerminkan aspirasi negeri untuk melangkaui persepsi lama dan membuktikan bahawa ‘rimba Borneo’ juga mampu berdiri sebaris dengan peneraju inovasi di rantau Asia Pasifik.

“Jangan pandang Sarawak hanya sebagai rimba Borneo. Itulah sebabnya kita menganjurkan Persidangan Rantaian Blok Borneo di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Persidangan Rantaian Blok Borneo di Muzium Budaya Borneo hari ini. 

Tambahnya, kemajuan Sarawak sepanjang sedekad lalu menunjukkan sejauh mana negeri ini telah mara dalam membina keyakinan, kapasiti serta kepimpinan dalam pelbagai sektor.

Beliau berkata, sepuluh tahun lalu Sarawak sering dipandang sepi, namun kini seluruh Malaysia memandang ke arah negeri itu sebagai satu perubahan yang amat bermakna.

Dr Sim menegaskan bahawa kejayaan Sarawak bukan hanya diukur melalui pembangunan infrastruktur dan dasar, tetapi juga melalui usaha membentuk rakyat yang memiliki nilai, budaya serta pemikiran yang betul bagi menjamin kemajuan jangka panjang.

Selain itu, beliau turut menyorot kejayaan Sarawak dalam bidang inovasi perubatan, termasuk pengiktirafan Hospital Umum Sarawak (HUS) sebagai antara 100 hospital terbaik di Asia Pasifik yang terus unggul dalam penyelidikan dan teknologi kesihatan termaju.

Beliau menegaskan bahawa kejayaan tersebut menggambarkan potensi besar negeri ini dalam bidang teknologi digital, serta membuktikan bahawa bakat anak Sarawak mampu menyerlah di peringkat global apabila diberi peluang dan kepercayaan.

“Apabila diberi peluang dan kepercayaan, bakat tempatan kita mampu pergi jauh, meskipun Sarawak masih dianggap negeri muda.

“Melalui kerjasama, pendidikan serta dasar yang berpandangan jauh, Sarawak akan terus membina ekosistem inovasi yang memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat,” tegasnya.

Beliau turut menggesa rakyat Sarawak agar memainkan peranan penting dalam memastikan pembangunan negeri kekal inklusif dan lestari.

Oleh Amanda L.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Misuse of Sarawak’s name in citizenship scandal an insult to state
Next: Michael Kong: Extended petrol subsidy to support licensed e-hailing drivers

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.