Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lima papan tanda Jejak Warisan Sibu dipasang semula di pusat bandar
  • Tengah
  • WILAYAH

Lima papan tanda Jejak Warisan Sibu dipasang semula di pusat bandar

Utusan Sarawak 2 days ago

PAPAN tanda Muzium Memorial Hospital Lau King Howe (kiri) dan Pusat Warisan Sibu (kanan).

SIBU: Sebanyak lima papan tanda Jejak Warisan Sibu telah dipasang semula di kawasan pusat bandar Sibu.

Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Mohammed Abdullah Izkandar Roseley berkata, papan tanda ini memainkan peranan penting dalam memelihara sejarah dan kisah silam bandar Sibu.

PAPAN tanda Masjid An-Nur (kiri) dan Masjid Lama Sibu (Masjid Al-Qadim).

“Papan tanda ini juga menjadi panduan kepada penduduk tempatan serta pelawat untuk menelusuri landskap budaya bandar ini,” jelasnya menerusi kenyataan di facebooknya, semalam.

Katanya, antara lokasi yang telah dipasang semula ialah Masjid Lama Sibu (Masjid Al-Qadim), Masjid An-Nur, Tugu Peringatan Pahlawan, Muzium Memorial Hospital Lau King Howe dan Pusat Warisan Sibu.

“Usaha ini bukan sahaja membantu memelihara warisan tempatan, malah menambah nilai pelancongan Sibu, khususnya menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026,” ujarnya.

PAPAN tanda Tugu Peringatan Pahlawan.

Katanya, MPS juga sedang mengenal pasti lebih banyak tapak warisan untuk dimasukkan dalam jejak warisan masa depan.

“Dan kini (MPS) dalam proses memohon dana tambahan tahun hadapan bagi memperluas inisiatif bermakna ini,” ujarnya lagi.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Latihan CBRNe Ex-Gamma 2025 uji sistem pengurusan kecemasan interaktif
Next: SK Tudan bakal terima bangunan baharu, naik taraf infrastruktur pendidikan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.