

BERTINDAK PANTAS… APM Limbang menghantar pesakit ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
LIMBANG: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Limbang bertindak pantas menghantar seorang pesakit yang tidak sedarkan diri menjalani rawatan ke hospital di sini, hari ini.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang (PA) Bonnie Madisun berkata, sepasukan anggotanya bergegas ke lokasi yang terletak satu kilometer dari Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) sebaik menerima panggilan kecemasan pada 2.53 pagi.
“Setiba di lokasi, anggota dimaklumkan pengadu bahawa mangsa, seorang wanita berusia 62 tahun tidak sedarkan diri dan mulutnya berbuih.
“Anggota kita terus melakukan pemeriksaan terhadap mangsa sebelum menghantarnya ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Perkhidmatan menghantar dan bantuan rawatan awal berakhir sekitar 3.17 pagi.
Oleh Adeng Edrus