
SARIKEI: Mahkamah Majistret di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan terhadap seorang lelaki selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pencerobohan jenayah.
Kes dibuka mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan dituduh dibawah Seksyen 445 kanun yang sama, memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Hakim Stella Augustine Druce menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan di bawah Seksyen 445 Kanun Keseksaan dibacakan di hadapannya.
Pendakwaan dikendalikan oleh Aiman Zarith Zahrullail, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara lapan bulan bermula 1 Oktober 2025.
Selepas prosiding, tertuduh telah dihantar ke Penjara Sibu untuk menjalani hukuman tersebut.
Oleh Earl Anek