Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • AADK Miri anjur Program Berjalan Cergas, galak belia sertai skuad antidadah
  • Utara
  • WILAYAH

AADK Miri anjur Program Berjalan Cergas, galak belia sertai skuad antidadah

Utusan Sarawak 4 days ago
BERSEMANGAT…Kaunselor Ariffin Mohamad (dari kanan), Abdul Hamediee dan Rosmah (kiri) ketika menyertai aktiviti berjalan kaki santai pada Program Brisk Walk (berjalan cergas) di Taman Bulatan, Miri kelmarin.

MIRI: Program Brisk Walk (berjalan cergas) bertemakan ‘Skuad Aktif Malaysia Aktif 2025’ anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Miri sebagai langkah meluaskan jaringan skuad tersebut.

Menurut kenyataan AADK Miri, program tersebut bertujuan menggalakkan penglibatan belia dalam gerakan kesukarelawan, sekali gus memperkukuh sokongan komuniti terhadap usaha pencegahan dadah.

“Program ini memupuk semangat kesukarelawan melalui platform ‘Skuad Antidadah’ yang berperanan sebagai entiti komuniti untuk menyumbang tenaga dan idea dalam memerangi ancaman dadah,” menurut kenyataan itu.

Acara berlangsung meriah di Taman Bulatan Miri, lokasi riadah popular warga tempatan, dengan kerjasama Seksyen Pembangunan Lestari, Majlis Bandaraya Miri (MBM).

SANTAI…Para belia sekitar Miri yang menyertai Program Brisk Walk anjuran AADK Miri dengan kerjasama MBM di Miri, kelmarin.

AADK menekankan bahawa penglibatan belia dalam program seumpama ini penting untuk membentuk generasi berkemahiran, berwawasan dan bebas dadah, sambil menggerakkan komuniti bertindak secara kolektif di peringkat tempatan.

“Inisiatif ini juga mengukuhkan jalinan antara agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan masyarakat dalam membina komuniti sihat, cergas dan bebas dadah, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.”

Selain aktiviti berjalan kaki santai, peserta turut diberi pendedahan mengenai amalan gaya hidup sihat, penjagaan kesihatan dan bahaya penyalahgunaan dadah.

Program dirasmikan oleh Timbalan Datuk Bandar Miri, Kaunselor Ariffin Mohamad, dan turut dihadiri Pengarah AADK Sarawak, Abdul Hamediee Ibrahim serta Pegawai AADK Miri, Rosmah Nasir.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Penduduk Eco Garden lega terima bantuan air bersih selepas lebih dua minggu terjejas
Next: Projek pembangunan semula SK Haji Junid Gerigat siap sepenuhnya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.