Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak berpotensi jadi model sub-nasional berintegriti – Premier
  • TEMPATAN

Sarawak berpotensi jadi model sub-nasional berintegriti – Premier

Utusan Sarawak 4 hours ago
RASMIKAN… Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan serta tetamu kehormat yang lain menyempurnakan gimik perasmian Persidangan Integriti dan Tadbir Urus Kebangsaan 2025 (NCIG 2025).

KUCHING: Usaha berterusan kerajaan Sarawak memperkukuh integriti, akauntabiliti dan ketelusan dalam tadbir urus negeri meletakkan Sarawak berpotensi menjadi model sub-nasional berintegriti di peringkat antarabangsa kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Katanya, kedudukan Sarawak yang stabil secara politik, kaya sumber semula jadi serta berdaya saing menjadikan negeri ini contoh kepada pelaksanaan tadbir urus berasaskan integriti yang menyeluruh.

“langkah memperkenalkan Ordinan Ombudsman Sarawak menjadi bukti komitmen kerajaan negeri dalam menegakkan kebertanggungjawaban serta mencegah penyalahgunaan kuasa melalui mekanisme undang-undang yang bebas dan berfungsi.

“Dengan adanya ordinan ini, Sarawak menetapkan piawaian baharu dalam tadbir urus negeri bagi mengurangkan risiko salah laku dan menanam integriti sebagai asas dalam setiap keputusan kerajaan,” katanya.

CAPTION
JELASKAN… Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan ketika berucap pada majlis perasmian Persidangan Integriti dan Tadbir Urus Kebangsaan 2025 (NCIG 2025) di sebuah hotel terkemuka hari ini.

Beliau berkata melalui teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada majlis perasmian Persidangan Integriti dan Tadbir Urus Kebangsaan 2025 (NCIG 2025) di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

Menurut beliau, pendekatan Sarawak turut sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 16 yang menekankan keadilan, keamanan dan institusi yang kukuh.

“Sarawak mengambil langkah proaktif menyumbang kepada agenda global melalui inisiatif tenaga boleh diperbaharui, hidrogen hijau serta pemeliharaan hutan tropika yang menyokong Perjanjian Paris mengenai perubahan iklim,” ujarnya.

Beliau menambah, jaringan kerjasama strategik dengan institusi antarabangsa dan badan kewangan global turut membantu memastikan dasar dan amalan tadbir urus negeri kekal relevan serta selaras dengan piawaian antarabangsa.

Persidangan dua hari itu dianjurkan oleh Persatuan Institusi-Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM) dengan kerjasama Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS) serta Unit Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia (UPPSM), Jabatan Premier Sarawak.

NCIG 2025 menghimpunkan lebih 1,000 peserta daripada sektor kerajaan, swasta dan masyarakat sivil bagi memperkukuh budaya integriti, akauntabiliti dan tadbir urus mampan berasaskan prinsip ESG.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Cahaya tanglung warnai Pesta Kuih Bulan 2025 di Dataran Kipas
Next: Sarawak teguh pertahan hak di bawah MA63 – Hasidah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.