Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • RM BTS akui sedia berumah tangga jika bertemu jodoh tepat
  • HIBURAN

RM BTS akui sedia berumah tangga jika bertemu jodoh tepat

Utusan Sarawak 20 hours ago
RIM menyatakan kesediaannya untuk mendirikan rumah tangga sekiranya bertemu dengan wanita yang tepat.

SEOUL: Anggota kumpulan popular BTS, RM atau nama sebenarnya Kim Nam Joon, menyatakan kesediaannya untuk mendirikan rumah tangga sekiranya bertemu dengan wanita yang tepat.

Namun begitu, penyanyi berusia 32 tahun itu mengakui tidak terlalu memikirkan soal jodoh dan bersikap terbuka terhadap kemungkinan untuk hidup bersendirian.

“Saya kini sudah berusia 32 tahun. Jika saya bertemu dengan orang yang betul dan pada masa yang sesuai, saya akan berkahwin.

Atau mungkin juga saya akan terus hidup sendiri. Tiada jawapan yang benar-benar tepat untuk soalan ini,” katanya dalam satu temu bual baru-baru ini.

RM turut menyentuh mengenai persepsi masyarakat terhadap perkahwinan yang menurutnya sering disalahertikan, khususnya apabila dijadikan alasan untuk mengelakkan kesunyian.

“Ramai orang hari ini rasa tertekan tentang perkahwinan. Masyarakat memberi tekanan berkaitan isu anak dan pelbagai perkara lain. Saya cuma harap semua orang dapat hidup mengikut cara masing-masing,” ujarnya.

Tambahnya, seseorang yang tidak selesa hidup bersendirian tidak semestinya akan menjadi lebih baik selepas berkahwin.

“Kalau seseorang berkahwin hanya untuk lari daripada kesunyian, saya rasa itu bukan alasan yang tepat. Saya percaya jika seseorang selesa hidup seorang diri, dia juga mampu hidup dengan orang lain,” katanya lagi.

RM kini sedang menjalani khidmat ketenteraan wajib di Korea Selatan dan dijangka menamatkan perkhidmatannya pada 2025. – Agensi

Continue Reading

Previous: Dua karya arahan Syafiq Yusof dominasi Top 5 FFM34
Next: Afgan kembali melalui persembahan di KL 5 Disember depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.