Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kekuatan institusi keluarga penentu pembangunan Sarawak – Awang Tengah
  • TEMPATAN

Kekuatan institusi keluarga penentu pembangunan Sarawak – Awang Tengah

Utusan Sarawak 22 hours ago
MERIAH… Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan bergambar bersama peserta Hari Keluarga Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar (MUDENR) 2025 baru-baru ini.  

KUCHING: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menegaskan bahawa kekuatan institusi keluarga perlu menjadi keutamaan dalam agenda pembangunan negeri bagi memastikan kemajuan fizikal dan ekonomi seiring dengan kesejahteraan sosial rakyat.

Menurut Awang Tengah, keluarga merupakan tunjang utama kepada kestabilan masyarakat dan kemakmuran negeri kerana daripadanya lahir generasi berilmu, berdisiplin dan berakhlak mulia yang menjadi asas kepada pembangunan sosial dan ekonomi yang mampan.

“Jika keluarga runtuh, masyarakat akan lemah dan negeri pula akan terdedah kepada pelbagai cabaran sosial serta pembangunan yang tidak mampan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Keluarga Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar (MUDENR) 2025 baru-baru ini.

JELASKAN… Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan ketika bersalaman dengan peserta Hari Keluarga Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar (MUDENR) 2025 baru-baru ini. 

Beliau berkata, usaha memperkukuh institusi keluarga merupakan pelaburan sosial jangka panjang yang selaras dengan aspirasi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) yang menekankan kemakmuran, keterangkuman dan kelestarian.

Katanya, penganjuran program seperti Hari Keluarga bukan sahaja mengeratkan hubungan antara warga kementerian, malah memperkukuh nilai kekeluargaan yang menjadi nadi kepada pembangunan Sarawak.

Dalam pada itu, Awang Tengah turut menekankan peranan MUDENR yang bukan sekadar bertanggungjawab merangka dasar dan pelan pembangunan fizikal tetapi juga memastikan kesejahteraan rakyat melalui pembangunan mampan di bandar dan luar bandar.

“Apabila warga kementerian mengamalkan gaya hidup sihat, menjaga keluarga dan bersatu padu, ia mencerminkan nilai pembangunan inklusif, bersepadu, mesra rakyat dan mampan,” jelasnya.

Beliau turut mengingatkan tentang kesan teknologi digital terhadap keluarga sambil menegaskan bahawa meskipun teknologi membawa banyak manfaat, pendedahan tanpa kawalan boleh menjejaskan hubungan kekeluargaan serta membentuk akhlak negatif dalam kalangan generasi muda.

MERIAH… Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyaksiakn penyampaian hadiah kepada peserta Hari Keluarga Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar (MUDENR) 2025 baru-baru ini.  

“Teknologi harus menjadi hamba kepada manusia, bukan manusia menjadi hamba kepada teknologi,” katanya sambil menggesa ibu bapa agar menjadi contoh kepada anak-anak dalam penggunaan gajet.

Awang Tengah turut menggesa warga kerja agar mengamalkan gaya hidup sihat bersama keluarga kerana kesihatan adalah kekayaan sebenar yang menentukan produktiviti dan kualiti hidup rakyat serta penjawat awam.

Turut hadir Setiausaha Tetap MUDENR, Datu Abdullah Julaihi bersama pegawai kanan serta warga kementerian yang menyertai pelbagai aktiviti kekeluargaan dan sukan.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Agensi penguat kuasa digesa teruskan pendidikan keselamatan jalan raya
Next: Upholding the spirit of community service through the Mid-Autumn Festival

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.