

AKTIVITI MENARIK….Pelbagai aktiviti menarik dijalankan sepanjang pelaksanaan Program Kembara Eksplorasi 2025 di Air Terjun Wong Kuji, Nanga Kota. Foto BBP Bintangor
PAKAN: Seramai 30 peserta daripada pelbagai agensi dan komuniti setempat menyertai aktiviti keselamatan air sempena Program Kembara Eksplorasi 2025 yang berlangsung di Air Terjun Wong Kuji, Nanga Kota, Sabtu lalu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata program anjuran Majlis Daerah Meradong Julau (MDMJ) dengan kerjasama pelbagai agensi itu memberi tumpuan kepada kesedaran dan persediaan keselamatan dalam aktiviti air.


AKTIVITI MENARIK….Pelbagai aktiviti menarik dijalankan sepanjang pelaksanaan Program Kembara Eksplorasi 2025 di Air Terjun Wong Kuji, Nanga Kota. Foto BBP Bintangor
“Perjalanan ke lokasi mengambil masa lebih tiga jam sebelum aktiviti bermula. Peserta didedahkan kepada pengetahuan asas seperti CPR, kaedah menyelamat menggunakan peralatan asas serta kepentingan memakai jaket keselamatan ketika melakukan aktiviti air,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Tambah Mahmudin, pasukan BBP Bintangor yang diketuai PBK I Mijan Pamin, PBK I Haron Jenai dan dua anggota lain telah mengendalikan sesi perkongsian serta demonstrasi keselamatan.
“Pendedahan seperti ini sangat penting untuk memastikan orang ramai lebih bersedia dan tahu cara bertindak ketika berlaku kecemasan, terutama di kawasan rekreasi air seperti air terjun, sungai atau pantai.”


AKTIVITI MENARIK….Pelbagai aktiviti menarik dijalankan sepanjang pelaksanaan Program Kembara Eksplorasi 2025 di Air Terjun Wong Kuji, Nanga Kota. Foto BBP Bintangor
Beliau turut mengingatkan masyarakat agar mengutamakan keselamatan semasa menjalankan aktiviti riadah.
“Gunakan jaket keselamatan, peka terhadap arus deras dan sentiasa patuhi arahan pihak berkuasa jika keadaan tidak selamat.”
Menurutnya, sepanjang program yang berlangsung dari 8.00 pagi hingga 6.00 petang, tiada insiden tidak diingini dilaporkan dan semua aktiviti berjalan lancar.
“Kami di BBP Bintangor sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana agensi bagi memberikan latihan dan meningkatkan kesedaran awam demi mengurangkan risiko kemalangan air.”
Oleh Earl Anek