KUCHING: Pengerusi Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Dato Ir. Alice Jawan Empaling menyambut kunjungan hormat Pengerusi Wanita Dayak Bidayuh National Association (DBNA) 2020-2022 Cr. Theresa Udam dan beberapa pegawainya di Pelita Tower, baru-baru ini.
Dato Alice menyatakan rasa senangnya bertemu dengan pemimpin wanita DBNA dan berharap untuk jaringan yang lebih baik dan dia membincangkan beberapa kolaborasi yang akan memberi manfaat kepada semua wanita Dayak.
Beliau mengetengahkan dan mengajak wanita DBNA untuk turut serta dalam webinar yang akan datang iaitu ‘Memperkasa Wanita Dayak Melalui Pendidikan’ 28 Ogos.
Dato Alice menyatakan penghargaan kepada Cr. Theresa kerana memulakan pertemuan pertama ini dan berharap agar semua NGO wanita Dayak akan berusaha mewujudkan Jaringan Wanita Dayak.
Oleh Nur Ain Otsman