
SETIAP hujung minggu, Telok Melano sebuah kampung nelayan yang terletak di Daerah Lundu, sentiasa dikunjungi orang ramai untuk beriadah.
Pantainya cantik dengan pasir putih halus dan air laut yang jernih menjadi daya tarikan, sesuai untuk aktiviti santai seperti mandi laut, berkhemah dan fotografi.
Menurut pemilik inap desa di situ, Sabtu dan Ahad memang sentiasa penuh, apatah lagi bila musim cuti sekolah.