Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pesawat bawa aktivis GSF selamat mendarat di Istanbul
  • SEMASA

Pesawat bawa aktivis GSF selamat mendarat di Istanbul

Utusan Sarawak 5 days ago
PESAWAT yang membawa aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) yang diserang dan ditahan oleh Israel di perairan antarabangsa, selamat mendarat di Lapangan Terbang Istanbul pada petang tadi. Foto Facebook Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan

ISTANBUL: Pesawat yang membawa aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) yang diserang dan ditahan oleh Israel di perairan antarabangsa, selamat mendarat di Lapangan Terbang Istanbul pada petang tadi.

Pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Ramon di Eilat, Israel itu tiba di lapangan terbang berkenaan pada 3.50 petang waktu tempatan, lapor Anadolu Ajansi.

Seramai 137 orang daripada flotila itu, termasuk 36 warga Turkiye dan 23 rakyat Malaysia, tiba di Istanbul menerusi penerbangan berkenaan.

PESAWAT yang membawa aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) yang diserang dan ditahan oleh Israel di perairan antarabangsa, selamat mendarat di Lapangan Terbang Istanbul pada petang tadi. Foto Facebook Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan

Ketibaan para aktivis itu disambut oleh pegawai dan orang ramai di lapangan terbang.

Selain warga Turkiye dan Malaysia, pesawat itu turut membawa penumpang dari Amerika Syarikat (AS), Emiriah Arab Bersatu (UAE), Algeria, Maghribi, Itali, Kuwait, Libya, Mauritania, Switzerland, Tunisia dan Jordan.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: GSF: Pesawat bawa keluar rakyat Malaysia selamat berlepas ke Turkiye  
Next: GSF: Delegasi Malaysia dijadual berlepas pulang ke tanah air Isnin ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.