Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Perhimpunan Motosikal warnai Pesta Simunjan 2025
  • TEMPATAN

Perhimpunan Motosikal warnai Pesta Simunjan 2025

Utusan Sarawak 4 days ago
ACARA tumpuan, Perhimpunan Motosikal yang berlangsung di Pentas Rakyat, Padang Sentral pada Pesta Simunjan 2025 hari ini. Foto UKAS

SIMUNJAN: Pesta Simunjan 2025 yang berlangsung hari ini terus mengukuhkan reputasinya sebagai pesta rakyat terbesar di daerah ini, apabila pelbagai acara menarik dianjurkan seawal pagi hingga lewat malam.

Lokasi utama pesta turut dibanjiri pengunjung, termasuk dari luar daerah, sekali gus membuktikan sambutan hangat terhadap acara tahunan tersebut.

Pembukaan gerai-gerai jualan sejak pagi turut menyemarakkan suasana pesta dengan pelbagai juadah, minuman dan barangan tempatan yang mendapat perhatian ramai.

Antara acara tumpuan ialah Perhimpunan Motosikal yang berlangsung di Pentas Rakyat, Padang Sentral.

Acara berkonsepkan himpunan kelab-kelab permotoran ini mencuri perhatian ramai apabila bukan sahaja disertai penunggang tempatan dari seluruh Sarawak, malah turut melibatkan peserta dari Indonesia, Brunei, Sabah serta Semenanjung Malaysia.

Kehadiran mereka menambah kemeriahan suasana dengan pelbagai jenis motosikal klasik, berkuasa tinggi serta moden dipamerkan sekali gus mewarnai pesta dengan elemen antarabangsa.

ACARA regata Pesta Simunjan 2025 hari ini. Foto UKAS

Selain itu, Dewan Persatuan Cina dan Gelanggang Petanque meriah dengan penganjuran Kejohanan Melastik serta Pertandingan Petanque, manakala program Jom Senam Sihat di Pentas Rakyat menarik penyertaan ramai pengunjung yang mengambil peluang menyertai aktiviti kecergasan beramai-ramai.

Arena Sri Nancy pula menjadi pusat tumpuan peminat sukan apabila Kejohanan Futsal Terbuka Lelaki dianjurkan, sekali gus memperlihatkan bakat pemain futsal yang bersaing sengit untuk merebut kejuaraan.

Sementara itu, Astaka di Tapak Regata turut menjadi pentas utama apabila acara Regata Pesta Simunjan diteruskan, manakala pertandingan kekuatan fizikal Lelaki Terkuat berlangsung di hadapan Rumah Rehat Sri Simunjan.

Dalam masa yang sama, Pejabat Kesihatan Daerah Simunjan menganjurkan Mini Karnival Kesihatan dan derma darah yang turut mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat.

Menjelang tengah hari, tumpuan beralih ke Battle of The Band peringkat saringan di Padang Sentral, manakala aktiviti lasak seperti Pocket Bike, Slow Ride dan Gymkhana menghidupkan suasana di Dataran Sri Simunjan.

Pertandingan Gendang Melayu Sarawak yang berlangsung di Simunjan Kitchen pula menambahkan lagi variasi persembahan berunsur tradisi pada pesta kali ini.

Kemuncak malam menyaksikan Pentas Rakyat di Padang Sentral menjadi medan penuh gemilang dengan berlangsungnya Pertandingan Akhir Battle of The Band serta Ratu Pesta Simunjan.

Suasana semakin hangat apabila persembahan artis jemputan, Pretty Nina bersama finalis Bintang Kecil RTM Nurathirah Syahirah menutup tirai malam nanti.

Penganjuran yang merangkumi elemen sukan, hiburan, kesihatan dan kebudayaan, Pesta Simunjan 2025 terus membuktikan peranannya sebagai platform perpaduan masyarakat berbilang kaum di samping mengangkat identiti daerah ini di peringkat lebih luas melalui acara antarabangsa seperti Perhimpunan Motosikal.

-UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Proses iktiraf Santubong sebagai UNESCO Global Geopark fasa akhir – Premier Sarawak
Next: Uggah tekankan penyelarasan rapi, cadangan Lebuh Raya Simanggang-Betong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.