Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Mariah Carey akui masih tak kenal Jennifer Lopez selepas lebih dua dekad
  • TEMPATAN

Mariah Carey akui masih tak kenal Jennifer Lopez selepas lebih dua dekad

Utusan Sarawak 4 days ago

MARIAH Carey menegaskan beliau tidak mengenali Jennifer Lopez, lebih dua dekad selepas kenyataan ringkasnya yang tular pada 2003.

LOS ANGELES: Penyanyi ikonik Mariah Carey sekali lagi menegaskan beliau masih tidak mengenali Jennifer Lopez, lebih dua dekad selepas kenyataan ringkasnya yang tular pada 2003.

Pengakuan itu dibuat ketika Mariah muncul dalam program Watch What Happens Live with Andy Cohen, apabila pengacara Andy Cohen mengimbas momen terkenal dalam wawancara televisyen di Jerman, yang mana Mariah hanya menjawab ringkas, “Saya tak kenal dia” ketika ditanya mengenai J.Lo — mencetuskan perdebatan dan meme yang bertahan hingga kini.

“Waktu itu saya jujur. Saya tak faham kenapa ia jadi isu besar. Kejujuran biasanya tak sepatutnya jadi sensasi,” ujar Carey.

Apabila Cohen bertanya tentang perkembangan hubungannya dengan Lopez hari ini, Mariah menjawab dengan sinis namun bersahaja: “Bagaimana saya boleh tiba-tiba mengenalnya, kan?” disambut gelak ketawa penonton.

Rakaman temu bual itu tular di media sosial, dengan peminat memuji Mariah sebagai “forever iconic” dan “queen of shade” — merujuk kepada gaya sindiran halusnya.

Jennifer Lopez sebelum ini memberi reaksi terhadap kenyataan Mariah dalam The Wendy Williams Show (2016), menyifatkan Carey sebagai pelupa dan menegaskan mereka pernah beberapa kali bertemu.

“Dia pelupa agaknya. Kami dah banyak kali jumpa. Tapi entahlah… saya tak kenal dia rapat pun,” kata J.Lo.

Pada tahun yang sama, Carey mempertahankan pendiriannya bahawa dia tidak mengenali Lopez secara peribadi.

“Mungkin saya pelupa. Tapi kalau hanya sekadar ‘hai’ kemudian berlalu, adakah itu bermaksud saya mengenalnya? Saya tak tahu dia. Saya nak cakap apa lagi?” katanya.

Kedua-dua bintang dilaporkan pernah terpalit konflik industri apabila bekas suami Mariah, Tommy Mottola — eksekutif syarikat rakaman — didakwa menggunakan Jennifer Lopez untuk menyekat kerjaya Carey selepas perceraian mereka pada 1998.

Walaupun tidak pernah mengesahkan permusuhan secara terbuka, kisah “Saya tak kenal dia” kekal sebagai salah satu momen paling diingati dalam sejarah budaya pop moden. – Agensi

Continue Reading

Previous: Sarawak sasar 720 acara perniagaan bernilai RM2.06 bilion menjelang 2030
Next: Dato Wee Hong Seng agih kuih bulan di Pasar Tani Semula Jadi Kuching (KNFM)

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.