Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • KIPS simbol iltizam martabatkan pendidikan Sarawak
  • Selatan
  • WILAYAH

KIPS simbol iltizam martabatkan pendidikan Sarawak

Utusan Sarawak 3 days ago
AMANAT…Datuk Rubiah berucap pada Majlis Penangguhan KIPS 2025 yang berlangsung di The Summer Mall, hari ini. 

KOTA SAMARAHAN: Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang, menegaskan Konvensyen Inovasi Pendidikan Sarawak (KIPS) bukan sekadar sebuah program tahunan, sebaliknya simbol iltizam bersama dalam mengangkat martabat pendidikan negeri ini ke tahap lebih tinggi.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penangguhan KIPS 2025 yang berlangsung di The Summer Mall, hari ini. Konvensyen itu dianjurkan bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Samarahan, Simunjan dan Serian.

“Amat membanggakan apabila guru-guru, murid-murid dan seluruh warga pendidikan menampilkan kreativiti serta inovasi yang mencerminkan semangat pembaharuan dan daya saing abad ke-21,” katanya.

“KIPS bukan sekadar konvensyen, tetapi satu platform penting seiring dengan agenda transformasi digital negeri dan aspirasi PCDS 2030,” ujarnya.

SIMBOLIK…Datuk Rubiah Wang bersama tetamu kehormat yang lain pada Majlis Penangguhan KIPS 2025 yang berlangsung di The Summer Mall, hari ini.

Rubiah turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS), PPD Samarahan, Simunjan dan Serian, pengurusan The Summer Mall serta semua guru, murid dan rakan strategik yang telah menjayakan penganjuran konvensyen itu.

Menurutnya, penganjuran edisi seterusnya iaitu KIPS 2026 bakal dilaksanakan dengan kerjasama PPD Lubok Antu dan Sri Aman, sekali gus memperluas capaian budaya inovasi dalam pendidikan di negeri ini.

KENANGAN…Datuk Rubiah bersama tetamu kehormat dan para peserta merakam kenangan pada Majlis Penangguhan KIPS 2025 yang berlangsung di The Summer Mall, hari ini.

“Apa yang boleh saya katakan, bersama kita membudayakan inovasi demi melahirkan generasi berilmu, berdaya saing dan berwawasan untuk masa depan Sarawak yang makmur,” jelasnya lagi.

Oleh Norman B

Continue Reading

Previous: MPS umum perubahan waktu operasi Kolam Renang Delta sempena Perayaan Pesta Kuih Bulan
Next: Bas.My Kuching service to be stationed at Bau Bus Terminal this Saturday

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.