Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Laluan Tiris ke Bekenu hampir putus, ratusan penduduk terjejas
  • WILAYAH

Laluan Tiris ke Bekenu hampir putus, ratusan penduduk terjejas

Utusan Sarawak 3 days ago
ROSAK… Keadaan laluan utama dari Tiris ke Pekan Bekenu melalui Kampung Rambai hampir terputus akibat rosak teruk. Foto Liong Chai Ling

BEKENU: Kehidupan ratusan penduduk di lima kampung dan rumah panjang terganggu selepas laluan utama dari Tiris ke Pekan Bekenu melalui Kampung Rambai hampir terputus akibat kerosakan teruk pada jalan tersebut.

Penghulu Kawasan Tiris, Kassim Sahak berkata keadaan jalan yang rosak sejak tiga minggu lalu, kini membahayakan pengguna dan menyukarkan pergerakan harian penduduk.

ROSAK… Keadaan laluan utama dari Tiris ke Pekan Bekenu melalui Kampung Rambai hampir terputus akibat rosak teruk. Foto Liong Chai Ling


Menurutnya, punca utama kerosakan berpunca daripada pembentung plastik yang terbakar akibat kebakaran rumput di bahu jalan.

“Kita telah memaklumkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan proses baik pulih hanya menunggu pembetung baharu tiba,” katanya ketika ditemui semalam.

ROSAK… Keadaan laluan utama dari Tiris ke Pekan Bekenu melalui Kampung Rambai hampir terputus akibat rosak teruk. Video Liong Chai Ling

Beliau berkata, laluan itu penting bagi penduduk untuk urusan kerja, persekolahan, mendapatkan keperluan asas serta melakukan kerja di kebun.

“Buat masa ini pengguna dinasihatkan menggunakan jalan lama yang menuju ke Jalan Pesisiran Pantai Miri-Bintulu sebagai alternatif,” ujarnya.

Antara kampung yang terjejas termasuk Kampung Lubuk Buinih, Pintasan, Masjid Kepayang serta Rumah Panjang Melakus.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pasar Tamu Muhibbah: Cerminan budaya dan hasil bumi Sarawak
Next: RM65,000 disalurkan kepada 24 badan komuniti menerusi dana MRP di Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.