MBKS dan IJM Land perkukuh keselamatan komuniti dengan pemasangan AED

Facebook
WhatsApp
DATO Wee Hong Seng bersama kakitangan MBKS dan IJM Land menyertai latihan penggunaan alat defibrilator luaran automatik (AED) sempena program keselamatan komuniti di Dewan Masyarakat MBKS, Kuching.

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dengan kerjasama IJM Land Berhad melalui anak syarikatnya, RB Development Sdn Bhd, menyerahkan sebuah alat defibrilator luaran automatik (AED) jenama ZOLL AED PLUS™ kepada MBKS sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Alat penyelamat nyawa itu telah dipasang di Dewan Masyarakat MBKS, pusat aktiviti komuniti yang sentiasa menjadi tumpuan penduduk untuk aktiviti sukan, kebudayaan, kesihatan dan sosial.

Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng berkata, pemasangan AED merupakan langkah penting, namun menegaskan bahawa keberkesanannya bergantung kepada tindakan manusia.

“Peralatan sahaja tidak mampu menyelamatkan nyawa, sebaliknya manusia yang bertindak. Sebab itulah latihan amat penting.

“Dengan adanya peralatan dan pengetahuan yang betul, kita boleh mengubah rasa takut menjadi tindakan, dan tindakan itu boleh menyelamatkan nyawa,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan tersebut.

TERBAIK… Dato Wee Hong Seng bersama wakil IJM Land dan RB Development Sdn Bhd menunjukkan isyarat bagus selepas perasmian pemasangan alat defibrilator luaran automatik (AED) di Dewan Masyarakat MBKS, Kuching.

Wee turut menzahirkan penghargaan kepada IJM Land dan RB Development kerana prihatin terhadap kesejahteraan komuniti.

“Sumbangan ini bukan sekadar tajaan, tetapi mencerminkan keprihatinan tulen terhadap keselamatan dan kesejahteraan masyarakat,” katanya.

Bagi melengkapkan pemasangan itu, sesi latihan khas telah diadakan melibatkan kakitangan MBKS dan pekerja IJM Land.

Latihan tersebut memberi penekanan terhadap kesedaran mengenai serangan jantung mengejut serta kemahiran menggunakan AED dengan yakin ketika kecemasan.

Turut hadir, Pengurus Besar (Sarawak) RB Development Sdn Bhd, Chai King Sing yang mewakili syarikat berkenaan dalam majlis itu.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Wee atas sokongan terhadap kerjasama tersebut.

Bakat AI luar bandar tidak boleh tercicir

KOTA SAMARAHAN: Peluang mempelajari teknologi kecerdasan buatan (AI) perlu diperluas kepada murid di luar bandar supaya mereka turut mempunyai ruang