Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua lelaki ditahan, barang curi termasuk telefon bimbit dirampas
  • JENAYAH

Dua lelaki ditahan, barang curi termasuk telefon bimbit dirampas

Utusan Sarawak 6 days ago

DUA lelaki diberkas polis selepas disyaki terlibat dalam kes pecah rumah di Kampung Gerigat, Kabong, kelmarin. Foto IPD Saratok

SARATOK: Polis berjaya menahan dua lelaki disyaki terlibat dalam kes pecah rumah di Kampung Gerigat, Kabong, Saratok, sekali gus merampas semula barang curi termasuk dua unit telefon bimbit yang dilaporkan hilang.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggil berkata, kejadian dilaporkan pada 25 September lalu apabila seorang lelaki berusia 43 tahun menyedari rumahnya dipecah masuk sekitar 6.00 pagi.

“Pengadu dimaklumkan oleh adik tirinya bahawa rumah telah dimasuki individu tidak dikenali dan mendapati dua telefon bimbit serta wang tunai berjumlah RM700 hilang,” katanya dalam kenyataan semalam.

Bertindak atas maklumat, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok berjaya menahan dua suspek lelaki masing-masing berusia 24 tahun dan 36 tahun pada hari sama sekitar 2.30 petang di sebuah rumah separa siap di Kampung Gerigat.

“Suspek pertama, berusia 24 tahun dari Tanjung Manis, Sarikei, mempunyai sembilan rekod jenayah lampau manakala suspek kedua, 36 tahun, berasal dari Kampung Gerigat, Kabong tidak mempunyai rekod lampau,” jelasnya.

Hasil siasatan lanjut, pada 29 September kira-kira 3.45 petang, polis menemui semula dua unit telefon bimbit jenis Realmi A3 dan Vivo Y27G di rumah salah seorang suspek.

Kedua-dua suspek turut disahkan positif dadah selepas menjalani ujian saringan air kencing.

Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda, serta boleh dilanjutkan hingga 14 tahun jika sabit kesalahan berulang.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lapan lelaki ditahan, dadah bernilai RM680 dirampas dalam Ops Tapis
Next: Dua lelaki ditahan di Sundar, disyaki terlibat penyalahgunaan dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.