Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Karnival TVET 2025 di Simanggang pertengahan November depan
  • PENDIDIKAN

Karnival TVET 2025 di Simanggang pertengahan November depan

Utusan Sarawak 3 days ago
MESYUARAT Penyelarasan Program Karnival Sarawak TVET 2025 di sini semalam. Foto Pusat Khidmat ADUN Lingga

SIMANGGANG: Karnival Sarawak Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET) 2025 akan berlangsung selama tiga hari di Bandar Simanggang pada pertengahan November ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, program berkenaan menampilkan pelbagai pengisian menarik merangkumi pameran TVET, keusahawanan TVET, industri TVET, pertandingan TVET, hiburan bermaklumat TVET, seminar TVET, expo kerjaya TVET serta bengkel TVET.

Beliau menegaskan, karnival itu merupakan platform penting untuk memupuk minat dan kesedaran dalam kalangan pelajar serta masyarakat mengenai kepentingan bidang TVET sebagai salah satu teras pembangunan negeri.

“Melalui program ini juga, pencari kerja berpeluang meneroka pelbagai kerjaya, memohon jawatan secara terus dan menghadiri sesi temuduga bersama syarikat yang menawarkan kekosongan,” katanya.

MESYUARAT Penyelarasan Program Karnival Sarawak TVET 2025 di sini semalam. Foto Pusat Khidmat ADUN Lingga

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Lingga, Kaunselor Suhaidi@Roslan Los telah mewakili ADUN Lingga menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Program Karnival Sarawak TVET 2025 di sini semalam.

Katanya, mesyuarat tersebut bertujuan memastikan segala persiapan berjalan lancar sekali gus menjamin penganjuran karnival itu memberi manfaat besar kepada semua pihak terutamanya generasi muda.

Selain itu, karnival ini turut menyokong agenda pembangunan modal insan Sarawak sejajar dengan aspirasi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) serta memperkukuh agenda ekonomi digital negeri.

Penganjuran Karnival Sarawak TVET 2025 juga diharap dapat memperluaskan pengetahuan belia terhadap peluang yang ditawarkan dalam sektor teknikal dan vokasional, selain memberi inspirasi kepada mereka untuk memilih kerjaya dalam bidang berkenaan.

Sebarang maklumat lanjut berhubung karnival ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh pihak penganjur bagi memastikan penyertaan masyarakat setempat lebih meluas.

Oleh Adi Safarman

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Pendidikan terus jadi keutamaan, kemudahan sekolah dinaik taraf
Next: Peruntukan RM55.2 juta lengkap prasarana Sekolah Rendah Agama Datuk Haji Mohamad Mortadza Haji Daud – Premier Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.