
SIBU: Persatuan Juruteknik Kenderaan Sibu dengan kerjasama Bank Darah Hospital Sibu akan menganjurkan kempen derma darah pada Sabtu ini.
Kempen tersebut akan berlangsung di bangunan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Sibu, Jalan Awang Ramli Amit, bermula 9.00 pagi hingga 2.00 petang.
Menurut kenyataan penganjur, inisiatif itu bertujuan membantu Bank Darah memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi bagi menampung keperluan pesakit di Hospital Sibu.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Bank Darah Hospital Sibu di talian 084-343333 sambungan 2010.
Oleh Akun Giman