Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kerajaan Sarawak pertimbang geran khas untuk pemburu buaya – Len Talif
  • TEMPATAN

Kerajaan Sarawak pertimbang geran khas untuk pemburu buaya – Len Talif

Utusan Sarawak 1 month ago
JELASKAN… Datuk Len Talif Salleh ketika ditemui pemberita selepas ditemui pemberita pada Malam Apresiasi Media anjuran Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (Tegas) di Star on Stage, di Kuching, malam ini.

KUCHING: Kerajaan Sarawak tidak menolak kemungkinan untuk menyalurkan geran khas kepada pemburu buaya bagi mengawal populasi reptilia itu yang semakin meningkat di negeri ini.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar, Datuk Len Talif Salleh berkata, walaupun setakat ini permit memburu buaya hanya dikeluarkan secara sukarela, kerajaan akan melihat keperluan menyediakan peruntukan khas bagi tujuan itu.

“Setakat ini kita tidak mempunyai peruntukan untuk memberi geran kepada pemburu buaya. Kebanyakan permit ini dikeluarkan kepada mereka yang berminat secara sukarela untuk memperdagangkan kulit atau daging buaya.

“Tetapi pada masa depan, kita akan lihat (we’ll look into it). ,” katanya ketika ditemui pemberita pada Malam Apresiasi Media anjuran Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (Tegas) di Star on Stage, di sini, malam ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri melalui Perbadanan Hutan Sarawak (SFC) kini melaksanakan pelbagai langkah mitigasi termasuk pemindahan buaya dari kawasan berisiko tinggi ke habitat khas.

Selain itu, aplikasi Crocwatch yang dilancarkan  terus digunakan bagi membolehkan orang awam melaporkan kehadiran buaya, selain memberi akses manual keselamatan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat.

“Dari segi undang-undang, kita sudah mempunyai mekanisme mencukupi. Malah lebih 70 permit memburu buaya telah dikeluarkan, namun hanya dua hingga tiga permit sahaja yang aktif.

“Faktor tabu dalam kalangan masyarakat bumiputera juga menyebabkan aktiviti ini tidak begitu meluas,” jelasnya.

Dalam pada itu, Len Talif turut menekankan bahawa tindakan mengawal populasi buaya perlu dilaksanakan secara seimbang bagi mengelak salah faham seolah-olah kerajaan mahu ‘memerangi’ haiwan berkenaan.

“Kita perlu jelas, ini bukan soal kebencian terhadap haiwan, tetapi soal keselamatan kerana ramai rakyat Sarawak masih bergantung kepada sungai untuk kehidupan seharian mereka,” katanya.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sarawak bakal peroleh kuasa penuh gubal undang-undang alam sekitar
Next: TEGAS bangunkan penempatan nomad digital pertama di Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.