Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Tiada rakyat Malaysia terjejas Taufan Bualoi di Vietnam – Kementerian Luar
  • NASIONAL

Tiada rakyat Malaysia terjejas Taufan Bualoi di Vietnam – Kementerian Luar

Utusan Sarawak 1 week ago
FOTO udara menunjukkan kawasan perumahan dikelilingi air banjir selepas Taufan Bualoi melanda Komun Lam Thanh di Wilayah Nghe An pada 30 September 2025. Ribut kuat yang merosakkan bumbung rumah itu telah meragut puluhan nyawa di Vietnam dan Filipina, menurut pegawai dari kedua-dua negara pada 29 September, ketika Bualoi yang semakin lemah bergerak ke negara jiran, Laos. Foto AFP

KUALA LUMPUR: Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas akibat Taufan Bualoi di Vietnam yang telah menyebabkan banjir besar sehingga meragut nyawa, merosakkan infrastruktur dan menyebabkan ratusan keluarga terpaksa berpindah.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, Kementerian Luar berkata Kedutaan Besar Malaysia di Hanoi dan Konsulat Jeneral Malaysia di Ho Chi Minh sedang memantau rapi keadaan itu susulan Taufan Bualoi melanda negara itu pada 29 Sept.

“Kedutaan dan Konsulat turut bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan maklumat lanjut,” menurut kenyataan itu.

Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada kerajaan serta rakyat Vietnam, khususnya kepada mangsa dan keluarga yang terkesan akibat bencana alam itu.

Media sebelum ini melaporkan Taufan Bualoi telah meragut sekurang-kurangnya 26 nyawa.

Sementara itu, Kementerian Luar menasihatkan rakyat Malaysia di kawasan terjejas supaya terus berwaspada serta mengikuti perkembangan dan arahan terkini yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan.

Rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar atau mengemas kini maklumat diri digalakkan berbuat demikian di https://ekonsular.kln.gov.my.

Mereka yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Hanoi di 43–45 Dien Bien Phu Street, Ba Dinh Ward, Hanoi City, Vietnam, melalui telefon +8424-3734 3836 / +849-0418 5610, atau e-mel di mwhanoi@kln.gov.my.

Bagi bantuan konsular di selatan, rakyat Malaysia boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Ho Chi Minh di 109 Nguyen Van Huong, An Khanh Ward, Thu Duc City, Ho Chi Minh City, Vietnam, melalui telefon +8428-3829 9023 / +8476-564 9660, atau e-mel di mwhochiminh@kln.gov.my.

-BERNAMA

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Malaysia kekal Tahap 2 Laporan Pemerdagangan Orang JNAS 2025
Next: Pemandu e-hailing sepenuh masa layak BUDI95 mulai 15 Oktober ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.