Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • PM Anwar arah bantuan segera buat mangsa kebakaran Rumah Austin Ikew – Fahmi
  • NASIONAL

PM Anwar arah bantuan segera buat mangsa kebakaran Rumah Austin Ikew – Fahmi

Utusan Sarawak 1 week ago
MENTERI Komunikasi merangkap jurucakap Kerajaan Perpaduan Datuk Fahmi Fadzil ketika sidang media mingguan Kabinet di Menara Komunikasi hari ini. Foto Bernama

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan bantuan disalurkan segera kepada mangsa kebakaran rumah panjang Austin Ikew di Song, Sarawak.

Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Fahmi Fadzil berkata perkara tersebut disampaikan Perdana Menteri pada mesyuarat Jemaah Menteri, hari ini.

“Kebakaran rumah panjang 29 pintu tersebut melibatkan 76 mangsa daripada 20 keluarga, dan semua mangsa kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara.

“Perdana Menteri telah minta supaya bantuan disegarkan kepada semua mangsa,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet di sini hari ini. 

Dalam pada itu, Fahmi berkata Anwar turut merakamkan ucapan tahniah kepada Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11 (1) yang dinobatkan pemenang Anugerah Sekolah Terbaik Dunia bagi kategori “Menyokong Kehidupan Sihat”.

Kejayaan itu diraih menerusi projek inovatif HELPIE, aplikasi mudah alih yang dibangunkan pada 2023 bagi meningkatkan kesedaran serta sokongan terhadap kesihatan mental murid.

“Ini telah sekali gus mengharumkan nama negara di pentas pendidikan dunia dan Jemaah Menteri amat mengalu-alukan dan berbangga di atas kejayaan ini,” kata Fahmi.

Selain itu Fahmi berkata Perdana Menteri turut menzahirkan ucapan sama buat Kementerian Pengangkutan kerana berjaya mempertahankan kerusi Ahli Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) selama tujuh penggal berturut-turut sejak 2007.

-BERNAMA

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Penyusunan semula Petronas Gas dapat pengecualian cukai MOF
Next: Ismail Sabri: SPRM tunggu keputusan AGC

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.