Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Usahajaya Baru Sibu

Facebook
WhatsApp

PASUKAN BOMBA….Menjalankan operasi mengawal dan memadam kebakaran dua rumah di Lorong Sentosa 6, Kampung Usahajaya Baru, di Sibu, hari ini.

SIBU: Dua rumah musnah sepenuhnya dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku di Lorong Sentosa 6, Kampung Usahajaya Baru di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memaklumkan, sepasukan sembilan anggota bersama sebuah jentera penyelamat kebakaran (FRT) dan jentera Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral dikerahkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada 11.13 pagi.

PASUKAN BOMBA….Menjalankan operasi mengawal dan memadam kebakaran dua rumah di Lorong Sentosa 6, Kampung Usahajaya Baru, di Sibu, hari ini.

“Kebakaran melibatkan dua buah rumah berstruktur tidak kekal dan telah terbakar 100 peratus. Pasukan Keluaran Operasi (PKO) telah bertindak memadam api menggunakan dua aliran salur bantu mula serta membentang satu aliran sepanjang 300 kaki dengan breeching dan dua nozel sehingga operasi selesai,” katanya dalam satu kenyataan.

Maklumat awal mendapati kebakaran tersebut melibatkan dua keluarga dengan seramai 17 penghuni. Tiada mangsa dilaporkan terlibat atau cedera dalam kejadian itu.

Enjin Pajero terbakar di Jalan Nanas

KUCHING: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Pajero mengalami kebakaran di bahagian enjin dalam kejadian di hadapan Sekolah Jenis