Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Siti Nurhaliza raikan 3 dekad dalam seni dengan konsert Legacy 30
  • HIBURAN

Siti Nurhaliza raikan 3 dekad dalam seni dengan konsert Legacy 30

Utusan Sarawak 1 day ago
FOTO Fcebook Siti Nurhaliza.

KUALA LUMPUR: Biduanita Negara dan ikon muzik Asia Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal meraikan tiga dekad perjalanan seninya menerusi konsert mega Legacy 30 Siti Nurhaliza di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Jan 2026.

Konsert yang dianjurkan oleh SN Legacy Sdn Bhd itu dijangka menghimpunkan kira-kira 60,000 penonton, sekali gus menjadi kemuncak sambutan 30 tahun penglibatan beliau dalam industri muzik.

Siti Nurhaliza berkata Legacy 30 bukan sekadar konsert tetapi sebuah simbol perjalanan, pengorbanan dan kejayaan seninya sepanjang tiga dekad.

“Saya mahu peminat yang selama ini menyokong saya dapat bersama-sama meraikan detik istimewa ini, menyelami semula karya-karya yang telah menjadi sebahagian daripada kenangan dan sejarah karier.

“Penganjuran di stadium ikonik ini bukan bertujuan memecah rekod kehadiran 70,000 penonton Konsert Fantasia Tour 2004, sebaliknya sebagai satu perancangan yang teliti bagi memberi pengalaman konsert yang selesa, epik dan penuh makna kepada semua peminat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pelantun lagu Menamakanmu Cinta itu berkata penganjuran konsert tersebut tepat pada waktunya kerana berlangsung seiring dengan Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Momentum ini diharap mampu menarik peminat dari pelbagai negara untuk datang ke Malaysia, menikmati keindahan muzik, seni dan budaya tempatan, sekali gus menyokong usaha mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan budaya dan hiburan bertaraf dunia,” katanya.

Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza dijangka menjadi persembahan bersejarah yang menzahirkan rasa syukur dan penghargaan beliau kepada peminat yang merupakan tulang belakang sepanjang karier seninya.

Konsert itu dibawakan khas oleh Cuckoo dengan AFFIN Bank sebagai penganjur utama.

Bagi menghargai peminat dan pelanggan setia, prajualan eksklusif untuk pemegang Kad Debit dan Kad Kredit AFFIN akan diadakan bermula 12 tengah hari esok (1 Okt) hingga 12 tengah hari 3 Okt.

Jualan tiket kepada umum pula dibuka pada 3 Okt bermula 3 petang menerusi laman rasmi www.ticket2u.com dengan harga dari RM69 hingga RM1,599 mengikut kategori tempat duduk.

-BERNAMA

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: BCL: Eternal Love Timeless Romance sentuh jiwa ribuan peminat
Next: Kang Min Kyung amal makan sekali sehari selama 10 tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.