Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Berganding bahu jayakan kempen kebersihan berterusan perangi denggi
  • TEMPATAN

Berganding bahu jayakan kempen kebersihan berterusan perangi denggi

Utusan Sarawak 1 week ago
DATO Mohd Chee Kadir merasmikan Majlis Gotong-Royong Mega Perangi Aedes 2.0 Peringkat Sarawak 2025, di sini semalam. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kabong

KABONG: Jumlah kes demam denggi di Sarawak bagi tempoh Januari hingga minggu epidemiologi ke-38 tahun ini 5 mencatatkan sebanyak 548 kes, menunjukkan penurunan sebanyak 63.54 peratus berbanding 1,503 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

Perkara itu didedahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee bin Kadir ketika merasmikan Majlis Gotong-Royong Mega Perangi Aedes 2.0 Peringkat Sarawak 2025, di sini semalam.

DATO Mohd Chee Kadir merasmikan Majlis Gotong-Royong Mega Perangi Aedes 2.0 Peringkat Sarawak 2025, di sini semalam. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kabong 

Menurut beliau, bagi Bahagian Betong, penurunan ketara turut direkodkan iaitu sebanyak 66.12 peratus dengan hanya 24 kes dilaporkan berbanding 71 kes pada 2024.

“Walaupun berlaku penurunan besar, masyarakat tidak boleh alpa kerana denggi masih menjadi ancaman kesihatan yang menjejaskan golongan produktif serta ekonomi rakyat,” tegasnya.

Chee Kadir turut menyeru semua pihak termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), ketua masyarakat, Kawasan Rukun Tetangga (KRT), masjid dan surau untuk terus berganding bahu menjayakan kempen kebersihan secara berterusan.

Beliau juga mencadangkan agar dilaksanakan program ‘Gotong-Royong Malaysia 1 Jam’ setiap bulan serta kempen Cari dan Musnah selama 10 minit setiap minggu di rumah masing-masing.

Sementara itu, Chee Kadir turut menzahirkan penghargaan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) dan Pejabat Kesihatan Bahagian Betong atas inisiatif melaksanakan kempen ini sebagai langkah penting membanteras penularan denggi.

Screenshot
Screenshot

DATO Mohd Chee Kadir merasmikan Majlis Gotong-Royong Mega Perangi Aedes 2.0 Peringkat Sarawak 2025, di sini semalam. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kabong 

Beliau optimis dengan kerjasama menyeluruh semua pihak, ‘Sarawak Bebas Denggi’ mampu direalisasikan.

Turut hadir Pegawai Kesihatan Bahagian Betong, Dr Mohamad Norhaizam Ahmad@Narawi, Pegawai Daerah Kabong, Tahir Sharee, Ketua Penolong Pengarah Seksyen Kawalan Penyakit Bawaan Vektor JKNS, Dr Radin Mohd Nurrahman Radin Dorani serta Pegawai Kesihatan Daerah Saratok, Dr Abdul Mualim Shah Abdul Rani.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sabah and Sarawak should restore one-third parliament seat
Next: Koperasi sekolah Sarawak sumbang RM44.64 juta perolehan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.