Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Perayaan Kuih Bulan lambang kasih sayang dan perpaduan – Huang
  • Tengah
  • WILAYAH

Perayaan Kuih Bulan lambang kasih sayang dan perpaduan – Huang

Utusan Sarawak 3 days ago
TANDA KENANGAN… Datoʼ Sri Huang Tiong Sii bergambar bersama Persatuan Klan Huang Sarawak.
 

SARIKEI: Perayaan Kuih Bulan bukan sekadar sebuah pesta kebudayaan, sebaliknya melambangkan kasih sayang dalam keluarga, semangat perpaduan serta penghargaan terhadap kejayaan generasi muda, kata Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii.

Menurutnya, majlis seperti ini bukan sahaja meraikan warisan budaya, malah menjadi medan penting untuk menyemai nilai-nilai murni dalam komuniti.

“Malam ini kita berkumpul bukan hanya untuk meraikan Perayaan Kuih Bulan, tetapi juga untuk memberi pengiktirafan kepada anak-anak yang gigih menuntut ilmu,” katanya semasa berucap pada majlis Perayaan Kuih Bulan dan Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang Persatuan Klan Huang Sarawak, baru-baru ini.

Beliau turut menekankan bahawa tradisi seperti ini memainkan peranan besar dalam memperkukuh hubungan kekeluargaan dan menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat.

Tiong Sii yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok menegaskan bahawa pendidikan adalah asas kepada kemajuan bangsa dan negara. 

“Masyarakat Cina sentiasa menekankan kepentingan pendidikan bagi melahirkan generasi baharu yang berdaya saing dalam pelbagai bidang.

“Negara yang makmur mesti mempunyai rakyat yang berpendidikan tinggi. Saya berharap anak-anak muda terus berusaha mencapai kecemerlangan akademik supaya kelak dapat menyumbang kepada masyarakat serta mengharumkan nama keluarga,” katanya.

Beliau turut memuji usaha Persatuan Klan Huang Sarawak yang sentiasa berperanan memelihara warisan budaya, menghubungkan persaudaraan serta mendorong golongan muda untuk rajin menimba ilmu.

“Penyampaian anugerah kecemerlangan ini adalah pengiktirafan terhadap kerja keras pelajar serta simbol harapan untuk masa depan keluarga dan masyarakat. 

“Saya percaya usaha ini dapat memupuk motivasi serta memberi inspirasi kepada generasi muda untuk terus berusaha,” katanya.

Di samping itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada ahli Klan Huang dan masyarakat setempat yang sentiasa menyokong pelbagai inisiatif pembangunan di Sarikei serta berganding bahu menjayakan program komuniti.

Majlis makan malam anjuran Persatuan Klan Huang Sarawak itu menghimpunkan ahli keluarga besar klan Huang bagi mengeratkan silaturahim, menyemarakkan tradisi kebudayaan, serta meraikan kejayaan anak-anak yang cemerlang dalam bidang akademik.

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: SAR hari keenam warga emas, Rumai Jantin masih belum ditemui
Next: Program al-Quran perkukuh nilai Islam – Safiee

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.