
PETRA JAYA: Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata di Pejabat Setiausaha Kerajaan Sarawak di Wisma Bapa Malaysia hari ini.
Pertemuan rasmi tersebut diadakan sempena persaraan Mancha dalam perkhidmatan awam yang akan bersara wajib pada hari ini.

Mohamad Abu Bakar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan bagi pihak kerajaan Sarawak kepada Mancha atas segala khidmat bakti dan jasa beliau khususnya menjaga keselamatan dan kesejahteraan Sarawak.
Berkhidmat sejak 1986, Mancha merupakan anak berbangsa Iban pertama yang menyandang jawatan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) apabila dinaikkan pangkat ke Pesuruhjaya Polis pada 10 November 2023.
Turut hadir sama Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sarawak, SAC Mahbub Mustofa Norsalim.
-UKAS