Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil susulan operasi BNM
  • NASIONAL

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil susulan operasi BNM

Utusan Sarawak 1 week ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM42.73 bilion dalam pasaran konvensional dan RM21.57 bilion dalam dana Islam.  

Hari ini, bank pusat mengeluarkan dua tender repo berbalik terdiri daripada tender bernilai RM2.7 bilion untuk tujuh hari dan tender bernilai RM1.5 bilion untuk 30 hari.

Sementara itu, BNM mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4.00 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM46.9 bilion dan RM22.5 bilion dalam tender semalaman Murabahah.  

-BERNAMA

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS susulan petunjuk Fed bercampur-campur
Next: Niaga hadapan FBM KLCI dibuka tinggi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.