SARIKEI: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarikei telah menjalankan rondaan kawasan panas (hotspot) tempat berlakunya kebakaran terbuka.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, PPgB Mahmudin Narudin berkata, rondaan tersebut bagi memastikan tiada pembakaran terbuka di kawasan tersebut.
“Dua anggota bomba telah menjalankan rondaan petang semalam (kelmarin).
“Lokasi rondaan adalah di Jalan Jakar, Jalan Sungai Paoh dan Jalan Sebangkoi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita, pagi semalam.
Katanya, rondaan bermula pada jam 3.30 petang hingga jam 5.00 petang.
“Sepanjang rondaan dijalankan, pihak bomba tiada menjumpai sebarang kes pembakaran terbuka dan kebakaran hutan dan semua kawasan rondaan berada dalam keadaan terkawal dan selamat,” ujarnya.
Oleh Earl Anek