Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Villa raih kemenangan pertama
  • SUKAN

Villa raih kemenangan pertama

Utusan Sarawak 2 days ago
PERTAHANAN Aston Villa dari Sepanyol, Pau Torres (#14) (kiri), meraikan kemenangan bersama penjaga gol Aston Villa dari Argentina, Emiliano Martínez (#23), selepas perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris antara Aston Villa dan Fulham di Villa Park, Birmingham, tengah England pada 28 September 2025. Aston Villa memenangi perlawanan itu 3-1. Foto AFP

BIRMINGHAM: Ollie Watkins menamatkan kemarau di depan gawang ketika Aston Villa bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Fulham 3-1 yang juga kemenangan pertama pasukan itu dalam Liga Perdana musim ini.

Pasukan yang mara ke suku akhir Liga Juara-Juara musim lalu itu memulakan saingan di zon penyingkiran selepas hanya meraih tiga mata daripada lima aksi liga setakat ini.

Skuad kendalian Unai Emery sekali lagi bermula buruk apabila Raul Jimenez menanduk masuk hantaran Sasa Lukic dari sepakan sudut selepas hanya tiga minit aksi.

Fulham tidak bernasib baik gagal menambah kelebihan mereka selepas setengah jam apabila dua kali dinafikan penalti.

Penantian lama Watkins untuk mendapatkan gol menjadi faktor utama permulaan perlahan Villa musim ini.

PEMAIN tengah Aston Villa dari Argentina, Emiliano Buendía (#10) (ketiga dari kanan), meraikan jaringannya untuk gol ketiga pasukannya semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris antara Aston Villa dan Fulham di Villa Park, Birmingham, tengah England pada 28 September 2025. Foto AFP

Pemain antarabangsa England itu juga gagal menyempurnakan penalti pada aksi Liga Europa yang dimenangi mereka 1-0 mengatasi Bologna.

Bagaimanapun kemarau 11 perlawanannya berakhir apabila mengatasi Bernd Leno bagi menukar arah permainan sebelum tamat babak pertama.

Villa kemudiannya mengawal permainan dengan dua gol selepas rehat.

John McGinn meledak kencang ke penjuru gawang daripada luar kotak penalti bagi memberikan kelebihan buat tuan rumah.

Watkins kemudian membantu jaringan ketiga apabila hantaran leretnya disempurnakan Emi Buendia.

Kemenangan meletakkan Villa di tangga ke-16, dua mata di belakang Fulham, yang jatuh ke tangga ke-10. – AFP

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Arsenal tunjuk gaya juara – Arteta
Next: Rykoz United juara Piala Rolland Duat sempena Pesta Lada Julau 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.