Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis tahan empat lelaki dalam Ops dadah di Bintangor
  • JENAYAH

Polis tahan empat lelaki dalam Ops dadah di Bintangor

Utusan Sarawak 1 week ago
TANGKAP….Suspek ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah. Foto IPD Meradong

BINTANGOR: Empat lelaki telah ditahan oleh sepasukan pegawai polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong, kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah Meradong, DSP Tansli Mering, berkata dua suspek masing-masing berumur 23 dan 31 tahun telah ditahan pada 28 September sekitar 1.15 petang dalam satu Ops Bersepadu di sekitar bandar Bintangor.

“Sebelum itu, pada 27 September pada 10.00 pagi, dua lagi lelaki berusia 31 dan 55 tahun turut ditahan dalam operasi berasingan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

TANGKAP….Suspek ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah. Foto IPD Meradong

Menurut DSP Tansli, hasil ujian saringan air kencing terhadap kesemua suspek mendapati mereka positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Tambah beliau, semua suspek dipercayai mempunyai kaitan antara satu sama lain dan kini sedang disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun,” jelasnya.

Pihak IPD Meradong menegaskan bahawa kesalahan berkaitan dadah dipandang serius dan tindakan tegas akan terus diambil.

Orang ramai turut digesa agar menyalurkan sebarang maklumat berhubung aktiviti penyalahgunaan dadah di kawasan mereka kepada pihak polis.

Oleh Earl Anek 

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Polis Sibu rampas 50.7 gram methamphetamine, dua warga asing ditahan
Next: Bau Police calls for eye witness in fatal accident at Chung Hua Paku

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.