
ANKARA: Gempa bumi bermagnitud 5.4 magnitud melanda barat Turkiye hari ini, menggegarkan bandar Simav di wilayah Kutahya dan kawasan sekitarnya, menurut pihak berkuasa, lapor Anadolu Ajansi.
Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) berkata gempa itu berlaku pada 12.59 tengah hari waktu tempatan (0959GMT) pada kedalaman kira-kira 8.46 kilometer.
Getaran turut dirasai di wilayah berhampiran. Tiada laporan segera mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan.
-Bernama