Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lapan cedera, bot terbalik ketika aktiviti parasailing di Langkawi
  • KEMALANGAN

Lapan cedera, bot terbalik ketika aktiviti parasailing di Langkawi

Utusan Sarawak 4 days ago
KEADAAN bot yang melakukan aktiviti parasailing di perairan berdekatan Pantai Tengah, Langkawi.

ALOR SETAR: Lapan individu dilaporkan cedera selepas sebuah bot pelancong yang dinaiki mereka terbalik ketika menjalani aktiviti parasailing di Langkawi, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Samsulmuddin Sulaiman berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai kejadian bot terbalik di kawasan Pantai Tengah pada 1.15 tengah hari tadi.

“Bot berkenaan membawa enam pelancong, tiga lelaki dewasa, dua wanita dan seorang kanak-kanak lelaki serta dua kru bot. Semasa kejadian, terdapat pelancong yang sedang melakukan aktiviti parasailing, namun berjaya diturunkan ke bawah dengan selamat.

“Kejadian dipercayai berlaku akibat angin kuat, dan kesemua mangsa diselamatkan oleh orang awam yang berada di sekitar lokasi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, maklumat awal menunjukkan tiada mangsa yang mengalami kecederaan serius dan kesemua mereka kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Maliha.- Bernama

Continue Reading

Previous: Tiga mayat mangsa bot karam di Feri Kaba ditemui
Next: Tiga cedera kemalangan dua lori di Lebuh Raya Pan Borneo Betong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.