Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Rumah dua tingkat musnah 80 peratus dalam kebakaran di Kampung Jambu
  • KEBAKARAN

Rumah dua tingkat musnah 80 peratus dalam kebakaran di Kampung Jambu

Utusan Sarawak 3 days ago
FOTO: Bomba

SIBURAN: Sebuah rumah dua tingkat jenis struktur tidak kekal di Kampung Jambu Siburan musnah sekitar 80 peratus dalam kebakaran petang tadi.

Pusat Gerakan Bomba menerima panggilan kecemasan pada 2.20 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan dikejarkan ke lokasi sejauh 18 kilometer. Pasukan tiba di lokasi pada 2.39 petang.

FOTO: Bomba

Komander Operasi, Mohamad Imran Mohamad Sabri berkata, kebakaran membabitkan rumah berkeluasan lebih kurang 40×60 kaki itu berjaya dikawal selepas anggota menjalankan pemadaman menggunakan dua aliran 200 kaki, dua nozel serta sumber air dari tangki jentera dan pili bomba.

“Pasukan turut melaksanakan kerja pemadaman peringkat ‘overhauling’ bagi memastikan tiada unsur bara api yang boleh mendatangkan bahaya sebelum operasi ditamatkan,” jelasnya.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden berkenaan.

Oleh Amanda L

Continue Reading

Previous: Eksklusif: “Tiada apa dapat diselamatkan kecuali nyawa” – mangsa kebakaran Rumah Panjang Austin
Next: Rumah kayu dua tingkat musnah terbakar di Kampung Lichok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.