Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 14 pesta tahunan perkukuh perpaduan di Limbang – Abdul Rahman
  • Utara
  • WILAYAH

14 pesta tahunan perkukuh perpaduan di Limbang – Abdul Rahman

Utusan Sarawak 6 days ago
SIMBOLIK PERASMIAN… Dr Abdul Rahman bersama tetamu lain ketika merasmikan Fiesta Kebudayaan Tiong Hua Antarabangsa 2025.

LIMBANG: Kerajaan terus memberi sokongan terhadap usaha memupuk dan meraikan perpaduan dalam kepelbagaian melalui penganjuran 14 perayaan utama dan pesta tahunan di daerah Limbang, yang menonjolkan pelbagai budaya, kaum serta aktiviti pelancongan dan sukan.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, berkata program tersebut bukan sahaja menjadi medan mengukuhkan perpaduan, tetapi juga sebagai platform meraikan keunikan etnik di Limbang.

PENGHARGAAN… Dr Abdul Rahman menerima cenderamata daripada Penghulu Ang Chiw Kiam sebagai penghargaan atas sokongan terhadap perpaduan dalam kepelbagaian di Limbang.

“Sepanjang tahun, kita adakan pelbagai pesta dan perayaan, bukan untuk memisahkan tetapi untuk mengukuhkan perpaduan serta meraikan kepelbagaian.

“Kita hidup aman damai di negeri ini dengan pelbagai bangsa dan kaum. Sambutan terhadap pesta ini sentiasa memberangsangkan, menunjukkan semangat muhibah yang kukuh dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Fiesta Kebudayaan Tiong Hua Antarabangsa 2025 yang berlangsung di Lot 777 di sini, malam tadi.

ADUN Bukit Kota itu menambah, perayaan-perayaan utama yang diadakan bukan sahaja memberi fokus kepada budaya tempatan, malah berpotensi menarik pelancong dari dalam dan luar negara, sekali gus merancakkan ekonomi setempat.

“Program ini dapat mempromosikan Limbang sebagai destinasi budaya dan pelancongan, serta memberi kesan langsung kepada pembangunan ekonomi masyarakat tempatan,” ujarnya.

Fiesta Kebudayaan Tiong Hua Limbang merupakan salah satu acara yang telah dimasukkan dalam Kalendar Perayaan Utama Daerah Limbang sejak 2022.

Ia menampilkan pelbagai aktiviti kebudayaan masyarakat Tiong Hua yang terdiri daripada pelbagai sub-etnik kaum Cina, menjadikan ia satu platform penting dalam menggalakkan kefahaman dan toleransi antara budaya.

Turut hadir Pegawai Daerah Limbang, Sulaiman Engal, wakil Pegawai Perpaduan Bahagian, Mohd Hassim Daimon, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pekan, Penghulu Ang Chiw Kiam, serta Pengerusi Program, Kapitan Chua May Ling.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pesta Kuih Bulan satukan komuniti, raikan warga emas di Sarikei
Next: Peranan media diiktiraf, SUPP hargai usaha wartawan di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.