Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pesta Kuih Bulan satukan komuniti, raikan warga emas di Sarikei
  • Tengah
  • WILAYAH

Pesta Kuih Bulan satukan komuniti, raikan warga emas di Sarikei

Utusan Sarawak 6 days ago

TERIMA KASIH….Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii menyerahkan angpau kepada warga emas. Foto Pusat Khidmat Repok 

SARIKEI: Festival Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai Pesta Kuih Bulan menjadi wadah menyatukan masyarakat pelbagai kaum sambil merai dan menghargai warga emas dengan penuh kasih sayang dan penghormatan.

Perayaan yang berlangsung di salah sebuah restoran di sini, baru-baru ini, disambut meriah dengan pelbagai aktiviti budaya, hiburan serta jamuan, yang mencerminkan semangat kebersamaan dan keharmonian masyarakat setempat.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, merangkap Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii, berkata sambutan ini bukan sekadar pesta makanan dan hiburan, sebaliknya simbol kesyukuran, kekeluargaan dan ikatan erat dalam komuniti.

“Malam ini, kita berhimpun bukan sahaja untuk menikmati makanan dan hiburan, tetapi juga untuk menghayati semangat muhibbah dan perpaduan yang menjadi kekuatan masyarakat kita di Sarikei.

TERIMA KASIH….Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii menyerahkan angpau kepada warga emas. Foto Pusat Khidmat Repok 

“Penglibatan warga emas amat bermakna kerana mereka telah banyak berkorban dan berjasa dalam membentuk komuniti yang kita nikmati hari ini. Mereka adalah tiang seri masyarakat,” katanya semasa berucap pada Program Warga Emas Sarikei, Malam Muhibbah dan Pesta Kuih Bulan.

Beliau menegaskan bahawa warga emas perlu terus dihormati dan dihargai, agar tidak merasa tersisih dalam pembangunan masyarakat moden.

“Sebaliknya, warga emas harus sentiasa dirangkul sebagai sebahagian penting dalam komuniti kita,” tambah beliau.

Tiong Sii turut menghargai usaha Persatuan Warga Emas Sarikei yang menganjurkan pelbagai acara menarik termasuk karaoke, cabutan bertuah, pemberian hadiah serta angpau bagi menghiburkan tetamu dan mengeratkan silaturahim.

“Sambutan budaya seperti ini bukan sahaja mengekalkan warisan turun-temurun tetapi turut menyatukan pelbagai generasi dalam suasana harmoni dan penuh kasih sayang.

“Melalui program seperti ini, kita dapat membina komuniti yang inklusif, di mana yang muda menghormati yang tua, dan yang tua menyayangi yang muda. Saya berharap, ia terus menjadi jambatan penyatuan masyarakat,” ujarnya.

Pada majlis tersebut, beliau turut menyumbangkan sebanyak RM15,000 kepada Persatuan Warga Emas Sarikei bagi menyokong pelaksanaan aktiviti tahunan mereka.

Turut hadir Pengerusi Persatuan Warga Emas Sarikei, Lau Ching Tong dan Ketua Wanita persatuan itu, Neigne Hun Hee.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 21 anggota bomba Zon 7 Limbang tawan Gunung Murud, kaji penubuhan pasukan MOSAR
Next: 14 pesta tahunan perkukuh perpaduan di Limbang – Abdul Rahman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.