APM Telang Usan musnahkan sarang lebah di atap gereja BEM Temalak, Long Lama

Facebook
WhatsApp
ANGGOTA APM daerah Telang Usan memusnahkan sarang serangga di atas atap Gereja BEM Base Camp Temalak, Long Lama.

TELANG USAN: Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Telang Usan berjaya memusnahkan sarang serangga jenis lebah yang bersarang di atas atap Gereja BEM Base Camp Temalak, Long Lama.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Marudi, Leftenan (PA) Mirwan Shah Masri, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 6.48 petang semalam berhubung penemuan sarang lebah tersebut.

“Sebaik menerima panggilan, empat anggota dari Skuad Bravo yang diketuai oleh Prebet (PA) Hilkia Balan Noh segera digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 23 kilometer dari Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Telang Usan,” katanya.

MUSNAH… Sarang lebah berjaya dimusnahkan oleh anggota APM Telang Usan.

Setibanya di lokasi, anggota APM bertemu pengadu untuk mendapatkan maklumat mengenai kedudukan sarang lebah sebelum menjalankan operasi pemusnahan.

Sarang serangga itu berjaya dimusnahkan menggunakan teknik semburan ridset.

Operasi selesai sepenuhnya pada 9.05 malam.

Oleh Jiku Juguong