Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis Saratok tumpaskan sindiket curi motosikal, warga Indonesia ditahan
  • JENAYAH

Polis Saratok tumpaskan sindiket curi motosikal, warga Indonesia ditahan

Utusan Sarawak 2 weeks ago
PENANGKAPAN seorang lelaki warga Indonesia berusia 24 tahun serta rampasan tiga buah motosikal jenis Honda Wave Alpha di sekitar daerah ini. Foto: IPD Saratok

SARATOK: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok berjaya menumpaskan kegiatan curi motosikal dengan penangkapan seorang lelaki warga Indonesia berusia 24 tahun serta rampasan tiga buah motosikal jenis Honda Wave Alpha di sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, tangkapan dilakukan pada 25 September lalu di kuarters pekerja Saratok Palm Oil (SAPOM), hasil risikan dan maklumat awam.

“Suspek mengaku terlibat dalam kes kecurian tiga buah motosikal di kawasan parkir motosikal awam, luar pagar Kilang Sawit Salcra, Nanga Melupa. 

“Kesemua motosikal yang dirampas iaitu Honda Wave Alpha berwarna kuning, merah dan biru telah dilaporkan hilang pada 14 dan 25 September lalu,” jelas beliau dalam kenyataan media.

Kes pertama dilaporkan pada 13 September apabila seorang pekerja kilang berusia 39 tahun mendapati motosikalnya hilang di kawasan parkir berkenaan. Kerugian dianggarkan berjumlah RM5,000.

Menurut Mathew, dengan tertangkapnya suspek tersebut, polis berjaya menyelesaikan tiga kes curi motosikal di daerah Saratok.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan bermotor. Suspek kini direman untuk siasatan lanjut.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Tujuh ditahan serbuan AADK Sibu, empat positif dadah
Next: Polis Sibu rampas 50.7 gram methamphetamine, dua warga asing ditahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.