
KOTA SAMARAHAN: Program Transformasi Usahawan MARA 2025 yang berlangsung di Dewan Sri Payung, Kampung Endap, di sini petang tadi telah memberi nafas baharu dalam usaha memperkasa usahawan bumiputera di kawasan berkenaan.
Kampung Endap sebelum ini dipilih sebagai Kampung Santuni MADANI, sekali gus menjadi lokasi tumpuan pelaksanaan pelbagai inisiatif pembangunan komuniti melibatkan agensi-agensi berkaitan pada masa akan datang.

Program berkenaan bukan sahaja menekankan aspek bimbingan, latihan, skim pembiayaan dan digitalisasi perniagaan, malah turut membuka peluang jaringan serta kerjasama strategik untuk manfaat masyarakat setempat.
Dalam pada itu, penduduk kampung berpeluang menyertai tiga kursus jangka pendek iaitu Kursus Gunting Rambut Lelaki, Kursus Asas Pembuatan Jelly 3D dan Kursus Sulaman Riben.
Pejabat Majlis Amanah Rakyat (MARA) Negeri Sarawak bersama semua pihak yang terlibat turut menerima penghargaan atas kejayaan menganjurkan program tersebut yang diyakini dapat melahirkan usahawan berdaya tahan, inovatif serta mampu bersaing di pasaran lebih luas.
Oleh Norman B


