Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program Cuci Malaysia 2025: Sibu perkukuh usaha jadi bandar terbersih di Sarawak
  • WILAYAH

Program Cuci Malaysia 2025: Sibu perkukuh usaha jadi bandar terbersih di Sarawak

Utusan Sarawak 1 week ago
PERASMIAN… Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Clarence Ting Ing Hort menyempurnakan majlis perasmian Program Cuci Malaysia 2025 di Zon Perindustrian Sungai Antu, hari ini. Turut kelihatan ialah Izkandar (dua kiri), Amelia (tiga kiri) serta yang lain. Foto Akun Giman

SIBU: Program Cuci Malaysia 2025 yang berlangsung di Zon Perindustrian Sungai Antu, hari ini berjaya menghimpunkan pelbagai pihak dalam usaha memperkukuh budaya kebersihan dan kelestarian bandar.

Program tersebut mendapat kerjasama erat daripada pemilik lot Perindustrian yang bersetuju mematuhi syarat kebersihan demi memastikan kawasan tersebut lebih teratur dan bersih.

Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Clarence Ting Ing Hort telah menyempurnakan majlis perasmian program tersebut.

Ting dalam ucapannya berkata, meskipun Sibu bukan bandar terbesar di Sarawak, namun usaha akan terus digerakkan untuk menjadikan bandar ini sebagai bandar terbersih di negeri ini.

Sementara itu, Ketua Seksyen Kesihatan Awam MPS, Ting Tin Teck, mengingatkan masyarakat bahawa setiap tindakan kecil memberi kesan besar kepada alam sekitar sekiranya digembleng secara kolektif.

Program gotong-royong tersebut diharap dapat menyemarakkan kesedaran komuniti terhadap kepentingan menjaga kebersihan sekali gus menjadikan Sibu bandar yang lebih bersih, sihat dan hijau.

Turut serta menjayakan program tersebut ialah pelajar Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Komuniti Kelab Lions, wakil Ketua Masyarakat Ketua Kaum (KMKK) serta kakitangan MPS.

Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi MPS, Mohammed Abdullah Izkandar Roseley, pengerusi penganjur, Kaunselor Amelia Tiu serta yang lain.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RTP salur RM1.22 juta kepada SMK St. Anthony sejak 2020
Next: Operasi SAR hari keempat, pencarian warga emas hilang masih buntu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.