Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Perpustakaan Negara anjur Kempen Malaysia membaca sepanjang Oktober
  • NASIONAL

Perpustakaan Negara anjur Kempen Malaysia membaca sepanjang Oktober

Utusan Sarawak 2 weeks ago
KEMENTERIAN Perpaduan Negara (KPN) menerusi Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) akan menggerakkan Kempen Malaysia Membaca sepanjang Oktober bersempena  penganjuran Karnival Baca Perdana. Foto Bernama (Gambar fail)

PUTRAJAYA: Kementerian Perpaduan Negara (KPN) menerusi Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) akan menggerakkan Kempen Malaysia Membaca sepanjang Oktober bersempena  penganjuran Karnival Baca Perdana.

KPN dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa sepanjang tempoh itu, pelbagai program disusun termasuk aktiviti interaktif di PNM dan 506 perpustakaan desa di seluruh negara.

Pesta Buku Negeri Sarawak yang berlangsung dari 27 Sept hingga 5 Oktober turut menjadi sebahagian rangkaian aktiviti.

Menurut KPN, kajian profil membaca yang dijalankan PNM menunjukkan peningkatan ketara tabiat membaca rakyat apabila purata bacaan meningkat kepada 24 naskhah setahun pada 2023, berbanding hanya dua naskhah pada 2005.

“Peningkatan ini membuktikan keberkesanan usaha kerajaan dan rakan strategik dalam memupuk budaya ilmu serta kecintaan terhadap bahan bacaan,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang dalam kenyataan sama berkata aspirasi utama Kerajaan MADANI ialah menjadikan Malaysia sebagai negara pembaca menjelang 2030.

Beliau berkata aspirasi itu bukan sekadar menekankan jumlah bahan bacaan, malah turut memberi fokus kepada pembentukan masyarakat berpengetahuan, kritis, inovatif serta berdaya saing dalam ekonomi berteraskan ilmu.

“Kempen ini akan memperkukuh usaha melahirkan rakyat yang celik maklumat, bersikap terbuka dan sentiasa meningkatkan keupayaan diri melalui pembacaan,” katanya.

-BERNAMA

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: AADK tahan 1,411 individu dalam Op Cegah Khas seluruh negara
Next: Sistem pelayan inisiatif BUDI95 mampu proses 30,000 transaksi seminit – PM Anwar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.