Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Dato Wee adakan kunjungan hormat ke atas Datuk Bandar Guro di Seoul
  • SEMASA

Dato Wee adakan kunjungan hormat ke atas Datuk Bandar Guro di Seoul

Utusan Sarawak 1 day ago
DATO Wee Hong Seng, Datuk Bandar Kuching Selatan (kanan) bersalaman dengan Datuk Bandar Guro, Jang In-hong (kiri) semasa kunjungan hormat di Pejabat Daerah Guro, Seoul hari ini, yang menandakan hubungan mesra dan kerjasama erat antara Kuching Selatan dan Guro.

SEOUL: Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng, hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Datuk Bandar Guro, Jang In-hong di Pejabat Daerah Guro, sekali gus mengukuhkan lagi jalinan persahabatan erat antara kedua-dua bandar yang telah terjalin sejak lebih sedekad lalu.

Delegasi Kuching Selatan turut disertai oleh Timbalan Datuk Bandar, Dato Zaiedi Suhaili, serta Penolong Setiausaha Kanan, Lilian Liew.

Dalam pertemuan itu, Dato Wee menzahirkan penghargaan atas layanan mesra yang diberikan oleh Datuk Bandar Jang dan masyarakat Guro.

MESRA… Dato Wee Hong Seng dan tetamu yang lain merakam gambar kenangan ketika mengadakan kunjungan hormat ke atas Datuk Bandar Guro, Jang In-hong di Pejabat Daerah Guro hari ini.

Beliau menegaskan kerjasama Kuching Selatan–Guro yang bermula sejak 2013 semakin berkembang melalui program pertukaran belia, kolaborasi budaya serta hubungan rakyat dengan rakyat.

Antara kerjasama paling menonjol ialah Program Pertukaran Belia dan Budaya yang dimulakan pada 2015. Program ini bukan sahaja memperkukuh persefahaman silang budaya malah menyemai persahabatan jangka panjang dalam kalangan generasi muda menerusi persembahan seni di Festival Kuching di Malaysia serta Festival Guro di Korea.

Dato Wee turut mengimbas penubuhan Majlis Perniagaan Guro–Kuching Selatan pada 2019 yang menjadi asas kerjasama ekonomi.

BINCANG… Dato Wee Hong Seng ketika mesyuarat pada kunjungan hormat ke atas Datuk Bandar Guro, Jang In-hong di Pejabat Daerah Guro hari ini.

Kedua-dua pemimpin bersetuju untuk menggiatkan semula majlis tersebut dengan memberi tumpuan kepada jaringan perniagaan, pemindahan kemahiran dan perkongsian ilmu.

Hubungan akrab itu juga diabadikan melalui simbolik penamaan jalan. Pada 2022, Guro menamakan sebuah jalan ‘Kuching South-ro’ sebagai tanda penghormatan, manakala Kuching Selatan kini dalam proses menamakan sebuah jalan sepanjang 600 meter sebagai ‘Jalan Guro’.

Dato Wee menekankan pengiktirafan antarabangsa yang semakin diterima oleh Kuching Selatan, termasuk pengiktirafan sebagai Bandar Kreatif Gastronomi UNESCO (2021), selain pencalonan untuk inisiatif Bandar Mesra Kanak-Kanak UNICEF serta Rangkaian Global Bandar dan Komuniti Mesra Warga Emas WHO.

Katanya, pengiktirafan tersebut membuka ruang lebih luas untuk kerjasama dengan Guro dalam pelbagai bidang seperti kebudayaan, kelestarian, kesihatan, pembangunan belia dan inovasi bandar.

Sementara itu, Datuk Bandar Jang menyambut baik kunjungan delegasi Kuching Selatan sambil menzahirkan kegembiraannya menerima kehadiran Dato Wee dan rombongan.

Beliau berkata, kunjungan itu bukan sahaja mengukuhkan persahabatan tetapi juga memberi peluang kepada delegasi untuk merasai suasana meriah Guro G-Festival 2025 yang berlangsung dengan tema ‘Harmony’.

Wee dalam pada itu turut mengucapkan tahniah atas kejayaan penganjuran Guro G-Festival 2025 serta menyatakan harapan untuk memperluas lagi kerjasama dalam pertukaran budaya dan hubungan rakyat dengan rakyat melalui acara tersebut.

Pertemuan itu berakhir dengan keyakinan kedua-dua pemimpin bahawa kerjasama erat Kuching Selatan–Guro akan terus membawa kemakmuran, keharmonian dan kemajuan bersama kepada rakyat di kedua-dua bandar pada masa hadapan.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Pelajar terlibat kes buli IKBN Miri digantung pengajian seminggu bermula semalam – Hannah
Next: 11,101 kenderaan telah didaftar dalam SKPS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.